Selasa, 29 September 2009

Majlis Sambutan Aidilfitri



Salam aidilfitri dan maaf zahir dan batin kepada semua umat Islam.


Kemeriahan aidilfitri kali ini disambut dengan berbagai jamuan rumah terbuka di seluruh Malaysia. Justeru itu, Persatuan Belia Islam Nasional Daerah Hulu Langat (PEMBINA DHL) juga tidak ketinggalan dalam meraikan hari kemenangan Umat Islam dengan
menjemput semua muslimin & muslimah ke

Majlis Sambutan Aidilfitri
Tarikh: 3 Oktober 09,
Masa : 9am-12pm,
Tempat: Dewan Cempaka, Kompleks PKNS, Bandar Baru Bangi

apa lagi yang nak tunggu..jom meriahkan lagi majlis tersebut bersama PEMBINA.

sumber: pembina.com.my

Rabu, 9 September 2009

Mantapkan 10 Terakhir Ramadhan Dengan Beriktikaf


Bachang, Melaka: Umum sudah mengetahui tentang hebat dan besarnya malam al-Qadr. Malam yang menjanjikan 1000 tahun ibadah ini menuntut umat Islam untuk terus melipat gandakan usaha mereka terutamanya dalam 10 malam terakhir di dalam bulan Ramadhan demi memastikan misi merebut nikmat al-Qadr tidak berlalu begitu sahaja. Ia menuntut untuk kita meninggalkan seketika kesibukan seharian bekerja dan belajar dan duduk bersama merenung kebesaran Ilahi.

Iktikaf 1430 ISMA Melaka


Dari Aisyah RA, katanya “Bahawasanya Nabi SAW i’tikaf pada tiap-tiap sepuluh yang akhir bulan Ramadhan” – Muslim

Justeru, Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Melaka tampil mengajak ahli masyarakat untuk turut sama memburu malam al-Qadr. ISMA Melaka menganjurkan program iktikaf 3 hari 2 malam bermula dengan majlis berbuka bersama-sama di Masjid Balai Panjang, tanggal Jumaat, 11 September 2009 bersamaan 21 Ramadhan 1430 Hijrah dan dijangka tamat sesudah Subuh berjemaah, Ahad, 13 September.

Antara aktiviti yang bakal disajikan buat peserta ialah Qiyamullail, siri tazkirah, bedah buku, tadarus al-Quran juga aktiviti berkumpulan. ISMA melaka dengan rendah hati mengajak ahli-ahlinya, belia-belia dan qariah masyarakat untuk turut sama memburu malam Al-Qadr.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Saudara Lukman al-Hakim di talian 019-2639964.

Wassalam,

Disediakan oleh,
Sidang Redaksi ISMA Melaka

sumber:ismamelaka.wordpress.com

Sabtu, 5 September 2009

Mari Tambah Amalan Di Bulan Ramadhan Yang Mulia Ini..



Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Melaka Semarakkan Ramadhan Dengan Khidmat Masyarakat


Program ISMA Bersama Masyarakat

Bersempena rangka menjayakan promosi ke arah ISMA Melaka 2010, Biro Dakwah terus menggiatkan jentera Ramadhan untuk terus mengesani masyarakat setempat. Setelah kejayaan penganjuran Seminar Penghayatan Ramadhan 1430 baru-baru ini, ahli-ahli ISMA Melaka terus mengotakan slogan “bekerja dijalan Allah” dengan siri jelajah khidmat masyarakat di tiga daerah utama di Melaka.

Jelajah khidmat masyarakat yang antara agendanya memuatkan khidmat masyarakat seperti membersihkan tanah perkuburan, mengecat, memperbaiki dan mengemas rumah terpilih dianjurkan dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyakarat dan JAPERUN. Tidak dilupai, ISMA Melaka juga memilih beberapa penduduk kurang bernasib baik untuk menjadi penerima sumbangan agihan makanan bersempena jelajah di daerah tersebut. Berikut adalah tentatif yang dijadualkan bermula jam 9 pagi,

05 Sep: Alor Gajah
06 Sep: Jasin
13 Sep: Melaka Tengah

Kepada para pembaca budiman mahupun sesiapa yang berminat untuk menyumbang tenaga mengimarahkan bulan Ramadhan al-Mubarak ini, sila berhubung dengan:

Aizat -013-219 7270
Aizam –013-6285880
Amalia –013-2668701

Hebahan kepada rakan-rakana adalah sangat digalakkan. Moga Allah mengganjari usaha sidang pembaca.

“Mesra, Tanggungjawab dan Prihatin”

Yang berusaha,
Sidang Redaksi ISMA Melaka

sumber:ismamelaka.wordpress.com