Isnin, 24 Januari 2011
KEMM 1511..Kebangkitan Ekspresi Minda Melayu!
Realiti masyarakat melayu hari ini mengambarkan seolah-olah bangsa melayu telah hilang hakikat jatidiri mereka. Semua nilai negatif telah dilonggokkan pada imej mereka. Lebih malang lagi, senario politik semasa telah mengakibatkan perjuangan mereka ditentukan oleh agenda bangsa minoriti yang telah menjadi golongan pendesak. Adalah dipercayai, ini merupakan kesan langsung dari penjajahan jangka panjang yang bermula sejak tahun 1511 lagi.
Penjajahan fizikal dan minda telah mengakibatkan mereka hilang jatidiri dan agenda perjuangan. Apa yang dapat kita dilihat pada hari ini adalah simptomnya yang zahir dalam masyarakat. Antara senjata utama penjajah adalah humanisme dan globalisasi yang telah memaksa bangsa ini menerima piawaian barat sebagai ukuran keadilan, kejayaan dan ketamadunan.
Justeru itu, Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) dengan kerjasama Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) akan menganjurkan satu Konvensyen yang bertajuk “Konvensyen Memperingati 500 Tahun Kejatuhan Empayar Melayu Islam Melaka” sempena memperingati kejatuhan Empayar Melayu Islam Melaka 1511.
Ia bagi menyedarkan masyarakat Melayu Islam sejarah kegemilangan yang pernah dicapai oleh bangsa mereka yang didirikan dengan berpaksi kepada keutuhan jatidiri dan iltizam tinggi terhadap pelaksanaan syariat Islam.
Tarikh
Sabtu 29 Januari 2011
Tempat
Universiti Teknikal Malaysia Melaka
Durian Tunggal, Melaka
Yuran
Dewasa / Bekerja – RM 50
Mahasiswa – RM 20
Sila layari laman Web tertera untuk maklumat dan pendaftaran online.
Sumber: http://kemm1511.net/
Langgan:
Catatan (Atom)