Khamis, 11 November 2010

My journey to Great Wall Country 1

Bismillah..
Assalamu'alaikum w.b.t kpd semua pembaca post ni..hop anda semua sihat aje la ye..

Kali ni sy nak bawa awk semua g jalan2..nak ikut x?hehe..

Kita ke antara negara terbesar di dunia yg ada tembok sepanjang 5000km..panjang kan.cuba bayangkan diri sendiri sekarang tgh berjalan kat sana..mesti bes kan..



Pada 19 September 2010, tibalah saat yg dinantikan..penerbangan ke bumi China selama 5 jam dlm kapal terbang buat saya rasa agak lenguh..org utara kata jenuh eh..duk dlm flight tu..bkn pe, seat agak rapat dan tido2 ayam je..5 jam tgk siling,kerusi depan,dgr lagu,sembang,baca buku sikit2..tgk2 jam ada lg 2 jam..masa tu la sy belajar utk praktik kesabaran..sabar itu separuh daripada iman..

Masa mula2 nak 'take-off' ada 2 orang pramugari depan sy sedang menunjukkan cara memakai jaket keselamatan..bagus utk keselamatan tp hangus utk melihat..erk..kenapa hangus lak sy tulis ni..hangus kerana aksi pramugari itu dengan suit uniform mereka pakai yg seolah2 hilang sekali budaya ketimuran dan kesopanan..tambah2 lagi dengan pemakaian skirt yang cukup berani dan barangkali boleh jadi memberahikan..istighfar panjang sy..bila difikirkan balik bukankah sy menaiki flight daripada negara sendiri yang penuh dengan adab dan sopan santun..belum masuk hukum hakam lagi kan..tambah pramugari muslim..sedih dan rasa lebih bersemangat lak sy untuk terus perbaiki diri dan mengajak orang lain untuk faham tentang perkara kebaikkan dan apa kesannya jika kita x buat n ikut suruhan Agama..ops cam panjang lak syarah..ada gaya Ustaz Engineer Bisnezman x?hehe..(ade ke title sampai banyak tu?)
Maybe sy boleh jd orang pertama letak ketiga-tiga title tu kot..ehem..

Oklah soal etika pemakaian telah pon dikupaskan serba sedikit..sekarang baru lah flight tu take off..berlepas je mula lah pengembaraan saya di udara ke China..tenang saya melihat di jendela yang penuh dengan panorama yang indah..SUBHANALLAH besnya pemandangan dari atas..terasa kerdil je diri ni..ntah camne pandangan Allah pd sy di akhirat nanti..Allahuaklam.. dah lama sikit perjalanan di udara..sy melihat pelbagai aksi penumpang daripada pelbagai bangsa..most of them are chinese..(myb sebab nak p China,kalau dari Malaysia myb ramai Melayu la kot..)ada yang berbual, ada yang dok asyik dengan kamera, yang dah terbang lebih tinggi pon ada (hairan camne depa boleh tido nyenyak).Waktu berlepas dari Malaysia lebih kurang jam 1720 dan sampai di Lapangan Terbang Hangzhou,China lebih kurang jam 2220 (faham la kot bahasa jam dunia ni, kiranya sampai pukul 10.20 mlm waktu Malaysia)..untuk pengetahuan, waktu Malaysia n China adalah sama kerana kedudukan Longitud (GMT) adalah sama..(sape yg xtau pe tu GMT boleh buka buku teks Geografi)..



Sampai je di Hangzhou Airport, sy dan delegasi dari Malaysia dijemput oleh wakil Universiti Nanjing Perubatan Tradisional Cina..dari Airport tu ambil masa 4 jam lak nak sampai ke tempat penginapan kami..masa tu sy melihat jam dah pukul 11.30 pm..cek waktu solat guna handphone (x sia2 beli hp ada waktu solat n qiblat) alamak lg 5 jam dah nak masuk subuh..sy pon terus meluru ke tandas terdekat untuk ambil wudhuk sebagai persediaan kalau x sempat maybe solat jamak dalam perjalanan je..



Perjalanan baru lebih kurang sejam, sy merasa kepenatan dan agak pening Mungkin kesan daripada terlalu lama duduk dalam flight dan banyak berjalan dengan membawa barang yang banyak. akibat terasa letih tu, yang buat tup..tup..tup..sy terlena..sedar2 je dah sampai di hotel.Kelam kabut melihat jam di tangan..Alhamdulillah lega, masih berbaki lebih kurang sejam lagi masuknya waktu Subuh..dengan pantas masuk ke lobi hotel untuk ambil kad bilik hotel..sebaik je sy melangkahkan kaki untuk ke bilik..terdengar sahutan bkn azan tp arahan untuk diminta semua peserta delegasi rombongan untuk berkumpul di bilik Pegawai Pengiring sebaik sahaja meletakkan barang di bilk..ah runsing dibuatnya dengan arahan tersebut..namun sy tetap bertekad untuk solat dahulu sebelum berkumpul..sy terus meluru ke bilik dan mengajak rakan sebilik untuk solat dahulu namun dia memilih untuk turun ke bilik pegawai pengiring dulu untuk berkumpul..sy pun tanpa berlengah terus ikut turun tetapi sy tidak terus berkumpul sebaliknya ke tandas n berwudhuk n kemudian megajak mereka yg berada di ruang tamu untuk solat sekali namun tiada seorang pon turut sekali..(mungkin depa dah solat masa dalam bas kot)..

Alhamdulillah selesai sudah tanggungjawab sy dalam menunaikan solat yg menjamak waktu Maghrib dan Isya'.terlepas sudah tanggungjawab sebagai seorang Muslim untuk menunaikan kefardhuan diri n yg lain sebab sampaikan pesan.nak buat or tidak,bukan lagi atas tanggungjawab diri ini.namun sy tetap pergi ke ruang tamu untuk bertanya siapa yg belum solat dan menyuruh mereka untuk bersegera solat kerana waktu Isya' hampir tamat.mereka masih mahu meneruskan perbincangan.untuk memastikan n confirmkan waktu solat Subuh sy pon melihat balik pd handphone..oh tidak.....(bersambung pada siri seterusnya)

Selasa, 9 November 2010

Jom kira hidup ini berapa lama?

Bismillah..

Berapa lama aku nak hidup?? berapa lama aku dapat hidup??

persoalan yang berlegar di minda sejenak aku melihat keranda jenazah diusung ke dalam van...

Itulah jenazah saudara Luqman Razali*. Pilu dan sedih hati aku melihat jenazah itu diusung sambil diiringi keluarga dan ibu bapa.

Hati aku tersentak bila ingat apa yang aku dah buat sebelum ni?apa sumbangan aku buat?

Apa pengajaran aku dapat?

Jawapan objektif ala2 spm..pilih 1 je..

A) Sedih lepas 2,3 hari dah x ingat pasal mati
B) Sedih dan fikir apa aku nak buat utk jd lagi baik.
C) Sedih dan banyakkan amal
D) Sedih dan bertekad untuk sentiasa buat diri ini lebih dekat dengan Allah n bersemangat utk ikuti orang2 terdahulu untuk kejar pahala n buat 'bisnes dunia n akhirat' untuk dapat redha Allah n bila dapat redha Allah baru boleh dapat syurga di sana.
E) Rileks la muda lagi..nak enjoy puas2 nanti taubat la..

nak pilih jawapan yg mana ek?

kena cek kontrak dengan malaikat maut dulu kot..alamak..kontrak tu rahsia lak..nanti dah sampai masa baru dapat tau..camtu aku nak pilih D..sebab matlamat aku nak senang selama2nya bukan kejap je..tapi susah kan..susah tu senang..senang tu susah sebab mati tu susah kalau kita selalu senang dalam tinggal hukum agama n buat dosa n mati tu senang kalau susah nak buat dosa masa hidup n susah gak nak kena siksa n senang masuk syurga..sekarang jom pilih n tentukan mana kita nak..kerana mati itu benar..knape x percaye?..tunggu giliran masing2 n nanti confirmkan betul ke x?lepas tu habaq mai kat yang belum tiba giliran..boleh ke?

“Dimanapun kamu berada, kematian akan mendapatkan kamu, walaupun kamu berada di dalam benteng yang tinggi dan kukuh” (QS. 4 An nisa : 78).

“Bawalah bekal, karena sesungguhnya sebaik-baiknya bekal adalah taqwa” (QS. 2 Al Baqarah : 197)

Jom berlumba-lumba membuat kebaikkan dengan pelbagai program Islami seperti join usrah dab lain2..yang boleh menjana bisnes MLM DUNIA N AKHIRAT!..

Tinggalkan jahiliah dalam diri anda demi merubah diri..

moga dirimu bahagia di sisiNya

* saudara Luqman Razali merupakan seorang aktivis PEMBINA yang banyak berkorban demi merubah diri n insan disekeliling dalam membawa mengenal erti hidup sebagai seorang Muslim yang mengamalkan Islam secara syumul(menyeluruh)..

P/S: Moga beliau ditempatkan golongan yang mendapat syurga bersama-sama insan yang bertaqwa yang lain..moga kita dapat berjumpa dalam keadaan yang penuh riang ria di syurga yang indah..insyaAllah

Blog Luqman Razali: http://bonekadunia.blogspot.com/

Khamis, 14 Oktober 2010

Tertutup itu indah...Terbuka itu musibah...!

"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani".......( Al-Ahzaab 33:59 )


PANDANGAN FATIMAH SYARHA


Bacaan ini bukanlah menggalakkan kita menjadi judgmental. Diharap dapat baca dengan hati yang terbuka. Semoga bacaan ini dapat "put things into perspective" buat kita dalam menilai dan memahami kewajipan menutup aurat sebagaimana yang dituntut agama, insyaAllah.




Corat-Coret Kisah Tudung Labuh…


“Akak, kenapa akak pakai tudung labuh?” Soalan ini sudah banyak kali dilontarkan oleh remaja kepadaku. Adik bongsuku, Asiah Yusra yang sedang mekar meniti usia remaja, turut bertanya. Melihat wajahnya yang saling tidak tumpah dengan iras wajahku, aku terasa bagaikan sedang melihat diriku sendiri. Aku pernah remaja dan terpesona melihat kakak sulung bertudung labuh. Kufahami, remaja bertanya kerana mereka sedang tercari-cari identiti diri.




Kali pertama aku memilihnya sebagai imej diri ketika usiaku remaja. Saat itu, aku bertudung labuh kerana keindahannya menghiasi wanita-wanita berakhlak mulia yang kukenali. Ibuku, kakakku, kakak-kakak naqibahku, ustazah-ustazahku semuanya bertudung labuh. Hingga aku mensinonimkan tudung labuh itu dengan keindahan, keperibadian dan kebaikan. Walaupun aku turut mengenali teman-teman bertudung labuh yang akhlaknya bermasalah namun aku masih menemui keindahan jiwanya, ingin menjadi lebih baik. Hari ini, aku memilih tudung labuh kerana aku yakin ia lebih istimewa pada pandangan-Nya.




Ketika remaja, aku hampir tidak sedar banyak pertanyaan yang terpendam. Mungkin saat itu aku tidak tahu apa yang aku perlu tahu. Hinggalah persoalanku terjawab satu demi satu. Hikmah bicara kakak-kakak naqibahku menerangkan pelbagai soalan yang kutagihkan pengertian. Yang paling kuingati, Kak Siti Aisyah Mohd Nor (kini merupakan bidadari kepada seorang tokoh agama terkenal). Jasa kalian selamanya harum dalam ingatan.




Yang Tertutup Itu Indah




Ketika kubertanya tentang tudung labuh, mudah jawapan yang pernah kuterima, “Yang tertutup itu indah!” Jawapan yang membawaku mengkaji surah al-Ahzab ayat 59, maksud dan tafsirannya.




Firman Allah s.w.t. yang bermaksud: “Wahai Nabi, katakan kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu, dan isteri-isteri orang mukmin, ‘hendaklah mereka melabuhkan jilbab ke seluruh tubuh mereka. Yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali sebagai wanita baik agar mereka tidak diganggu.’”




Ya, sedangkan buku yang kita sayangi, kita sampulkan seindahnya. Inikan pula bentuk tubuh wanita, takkan tiada sampulnya? Kuperhatikan kulit bukuku yang bersampul lebih terjaga berbanding kulit bukuku yang tidak bersampul. Kuperhatikan langsir yang cantik menghias pintu dan tingkap. Kuperhatikan kain yang mengalas meja dan perabot. Benar, yang tertutup itu indah! Begitu juga cara Allah menghargai keindahan wanita dengan menggariskan perbatasan aurat. Agar keindahan itu hanya dinikmati oleh insan yang berhak. Bukannya diratah-ratah oleh pandangan yang sakit.




Istimewa Bertudung Labuh




Di sini, aku tidak mahu berbicara panjang tentang kewajipan menutup aurat. Apa yang ingin kukongsi di sini adalah tentang beberapa peristiwa dalam hidupku yang membuatkan aku berasa tudung labuh itu benar-benar istimewa. Allah banyak kali menyelamatkan dan memudahkan urusanku dengan asbab tudung labuh.




Dikejar Tebuan Tanah





Dalam satu program motivasi remaja, aku menyertainya sebagai salah seorang fasilitator. Antara aktiviti yang dilakukan ialah jungle trekking. Aku mengetuai barisan remaja puteri yang siap sedia memasuki hutan. Taklimat dan doa dimulakan.




Menderap ke tengah belantara, tiba-tiba peserta puteri paling depan terlanggar sarang tebuan tanah. Tebuan tanah berterbangan garang. Sedia menyerang. Peserta itu menjerit kesakitan kerana disengat. Peserta di belakangnya turut menjerit ketakutan. Aku yang turut berada di barisan depan ketika itu melaungkan takbir. Lantas mengarahkan peserta yang lain berundur. Mereka bertempiaran lari.




Sementara aku tetap bertahan di situ. Kututup sebahagian wajahku dengan tudung labuhku. Tangan turut kusembunyikan di bawah tudung labuh. Kulindungi beberapa peserta yang terkepung dengan tudung labuhku agar tidak disengat lagi. Segera kubawa mereka berundur. Ajaibnya, seekor tebuan pun tidak berjaya menyengatku. Subhanallah! Maha Suci Engkau yang menyelamatkan aku dengan secebis kain buruk ini.




Terlindung daripada Mata Mat Rempit




Suatu hari, aku ingin pulang ke kampusku di UIA setelah bercuti pertengahan semester di kampung halaman. Seperti biasa, aku membeli tiket bas dan berusaha mencari bas yang mempunyai tempat duduk seorang. Request. Ini penting bagi mengelakkan aku terpaksa bermalam di dalam bas dengan bertemankan seorang lelaki asing di sebelah.




Akhirnya kumembeli tiket dengan sebuah syarikat bas yang belum pernah kunaiki . Sebelum menaiki bas, aku berpesan kepada pemandu kedua agar menurunkan aku di Greenwood. Semua mata terlena melepaskan kelelahan hidup dengan mengembara ke alam mimpi yang seketika. Kedengaran sayup-sayup suara pemandu bas mengejutkan aku dari tidurku. Lantas aku terjaga separuh sedar. Ketika itu, aku duduk di kerusi seorang paling depan, tidak jauh dari pemandu.




Jam baru menunjukkan pukul 4.30 pagi. Badanku amat penat dan urat kepala terasa merenyuk. Aku bangkit dari kerusiku dalam keadaan mamai menuruni bas. Ketika berada di luar bas, aku masih sangat mengantuk. Terasa secepat kilat bas meninggalkanku.




Ya Allah! Aku terkejut kerana hanya aku seorang yang menuruni bas. Lagipun, tempat bas itu memberhentikan aku bukannya tempat perhentian bas di Greenwood seperti kebiasaan. Aku langsung tidak mengenali tempat itu. Tiada peluang untukku bertanya atau membatalkan saja tempat perhentian itu. Nyata aku sudah terlewat. Asap bas pun sudah tidak kelihatan.




Aku berada di sebuah perhentian bas. Jalan raya di hadapannya lurus. Lengang. Sunyi. Kawasan sekitarnya adalah kawasan perumahan yang sedang bergelap. Jalur-jalur cahaya hanya sedikit. Kupandang ke belakang dan mendapati tidak jauh dari situ terdapat sebuah masjid. Namun, ia kelihatan gelap. Sunyi. Kelihatan seekor anjing berwarna hitam, besar dan garang sedang berlegar-legar di luar pagar masjid. Ya Allah, pada-Mu aku bertawakal.




Aku segera menelefon kenalan rapatku, Puan Norliza Mohd Nordin untuk mengambilku. Pada masa yang sama, mataku melilau mencari kayu atau besi yang akan kugunakan sebagai senjata seandainya anjing itu mendekatiku.




“Di mana?” Tanya Puan Norliza. Susah-payah aku cuba menerangkan lokasi yang asing itu. Tambahan pula, aku tidak dapat melihat papan tanda yang menunjukkan nama masjid. Kehadiran anjing itu membuatkan aku tidak berani menghampiri masjid. Sukar Puan Norliza mentafsirkan lokasi aku berada.




Tiba-tiba, sekumpulan samseng jalanan dengan pelbagai aksi motosikal yang berbahaya berhenti beramai-ramai di seberang jalan tempatku berada. Bagaikan ada mesyuarat penting di situ. Aku tiada tempat bersembunyi. Apa yang mampu kulakukan adalah tetap berdiri di tempatku dan membaca segala ayat al-Quran yang pernah kuhafal. Tawakalku memanjat langit dunia. Kebetulan, aku berjubah hitam dan bertudung labuh warna hitam. Aku menggunakan kesempatan itu untuk menyembunyikan diriku di balik warna malam. Cebisan kain turut kututup pada wajahku yang berkulit cerah.




Saat yang amat mendebarkan dalam hidupku, kelihatan anjing yang garang sedang berlari ke arahku. Kupujuk hati, anjing itu akan baik padaku kerana ia tidak menyalak. Samseng jalanan pula seakan sedang memandang-mandang ke arah lokasiku. Ketika itu, aku mengucapkan dua kalimah syahadah berkali-kali. Aku siapkan emosi untuk berjihad mempertahankan diri. Biar nyawa jadi taruhan, menyerah tidak sekali!




Allah menjadi saksi. Aku bagaikan tidak percaya apabila melihat anjing itu sekadar melintasiku seolah-olah langsung tidak melihatku di balik kegelapan. Walau bagaimanapun, aku masih resah melihat samseng jalanan asyik memandang ke arahku. Aku bertambah risau membayangkan Puan Norliza mungkin tidak dapat mengagak lokasiku itu kerana dia asyik menelefonku. Tiba-tiba samseng jalanan itu beredar. Bunyi ekzos mengaum pergi, pelbagai aksi. Mereka seakan-akan memandang dengan pandangan yang kosong sahaja ke arahku sebentar tadi. Puan Norliza pula sampai, menambahkan syukurku. Hatiku yakin, Allah telah menyelamatkanku di balik tudung labuh berwarna gelap itu. Alhamdulillah!




Menyelamatkan Beg Tanganku daripada Ragut


Seorang temanku dari Brunei sudah beberapa hari tidak datang ke kelas sarjana. Aku risaukan keadaannya. Apabila dia datang kembali, aku segera bertanya. Dia menunjukkan pipinya yang calar sambil bercerita dengan juraian air mata.




Dua orang pemuda yang menunggang laju meragut beg tangannya. Dia ikut terseret. Ketika itu pula dia sedang mengandung dua bulan. Hampir-hampir keguguran. Kedua-dua lututnya terluka. Pipi dan tangannya tercalar. Berdarah.




Aku sedih mendengar ceritanya. Dia memegang hujung tudungku sambil menyimpulkan, “Jika akak pakai tudung labuh macam ni, tentu diorang tak nampak beg tangan akak.” Kata-kata itu membuatkanku benar-benar berfikir jauh. Aku bersyukur kepada Allah s.w.t. kerana tidak pernah menjadi mangsa ragut. Baru aku sedar, rupa-rupanya antara faktor yang menyelamatkanku adalah kerana beg tanganku sentiasa tersembunyi di bawah tudung labuh. Cuba anda bertanya kawan-kawan anda yang menggalas beg tangan di bawah tudung labuh, pernahkah mereka menjadi mangsa ragut?




Mendekatkan Jodoh dengan Lelaki Soleh




Aku hairan melihat beberapa orang temanku yang mulanya bertudung labuh tapi akhirnya menukar penampilan kerana takut tidak dipinang. Aku hormati penampilannya selagi masih menutup aurat namun jika itu alasannya, dia mungkin tersilap. Aku yang tetap bertudung labuh ini juga akhirnya yang agak cepat menerima pinangan.




Suamiku mengakui antara faktor yang meyakinkannya pada agamaku saat memilih bunga untuk disunting adalah kerana nilai tudung labuhku. Wanita bertudung labuh lumrahnya hanya berani dirisik oleh lelaki yang mempunyai persiapan agama. Jika malas hidup beragama, mereka akan berfikir beribu kali untuk memiliki seorang suri yang bertudung labuh. Rasa tidak layak. Rasa perlu membaiki diri terlebih dahulu.




Pernah juga aku dan suami cuba memadankan beberapa orang temanku dengan lelaki-lelaki soleh yang kami kenali. Apabila biodata bertukar tangan, gadis bertudung labuh rupa-rupanya menjadi kriteria penting seorang lelaki soleh. Malang bagi temanku yang sebenarnya baik dan berbudi bahasa, namun kerana penampilannya itu melambatkan jodohnya.




Benar, kita tidak boleh menilai seseorang hanya melihat luarannya. Namun, realitinya, kadang kala masa terlalu singkat dan peluang tidak ada untuk kita mengkaji dalaman seseorang sehingga terpaksa menilainya hanya melalui luarannya. Contoh realiti, jika kita ingin membeli nasi lemak di gerai. Kelihatan penjual di gerai yang pertama ialah seorang makcik bertudung labuh. Penjual di gerai kedua pula seorang wanita tidak bertudung dan rambutnya menggerbang lepas. Mana yang kita pilih? Kenapa cepat membuat pilihan sebelum mengkaji dalaman kedua-duanya dahulu? Apa nilaian kita ketika itu? Fikir-fikirkan.


Hormatilah Selagi Masih Menutup Aurat


Ya! Ya! Ya! Kudengari suara-suara hatimu yang sedang berbisik, “Ramai saja yang bertudung labuh tapi tak baik.” “Tudung tak labuh pun masih tutup aurat.” “Don’t judge people by its cover.” Kuhormati semua kata-kata ini sepertimana kuhormati dirimu yang masih bertudung. Alhamdulillah. Aku cuma berkongsi secebis pengalaman dalam hidupku yang menyebabkan kurasakan tudung labuh terlalu istimewa. Buat adik-adik remaja yang pernah bertanya, akak harap adik menemui jawapannya.


WALLAHUA'LAM..


Fatimah Syarha Mohd Noordin merupakan seorang novelis terkenal dan bergiat aktif dalam program motivasi. Antara novel beliau yang menjadi rebutan di pasaran ialah Pemilik Cintaku Selepas Allah dan Rasul, Tautan Hati, Seindah Mawar Berduri dan lain-lain.

p/s: saya seorang penggemar penulisan beliau..kerana setiap tulisan mempunyai sentuhan tersendiri. Apa tunggu lagi belia-beliawanis di luar sana..jom dapatkan novel dan penulisan beliau keluaran syarikat Telaga Biru..untuk melihat karya tulisan beliau beoleh la ke laman ini:
http://www.stormreaders.net/zulfikar

dan jika ingin beli jangan segan silu untuk klik pada mana2 jenis buku yang diminati..

membeli untuk ilmu dunia n akhirat agar ianya bermanfaat..

Selasa, 12 Oktober 2010

Ingin Hiburan, tetapi bagaimana?




Perjalanan saya ke Putrajaya minggu lepas mendapat sesuatu pandangan yang baru dalam kehidupan dan dunia seni..sebelum ini kebiasaannya hanya melihat persembahan di kaca televisyen.Itupun hanya hiburan yang 'bosan' dan membantutkan minda sahaja..ah bosan dan jelek melihat aksi 'sopan' artis barat dan ala-ala barat itu memperagakan aksi mereka.




Walaupun pada mulanya High School Musical dan musical2 lain itu nampak hebat dan berjaya menambat hati para 'jejaka-jejaki' di luar sana tetapi kini saya sudah temui suatu pembaharuan muzikal yang belum pernah diadakan di Malaysia lagi.(kalau silap tolong betulkan...)Muzikal yang saya maksudkan adalah SIRAH MUZIKAL yang memang mantap dan menjana pengetahuan dalam bentuk hiburan!

SIRAH MUZIKAL LAGI BEST DARIPADA HIGH SCHOOL MUZIKAL??KENAPA???apa yang best sangat?

1. anda akan menyaksikan para pelakon adalah anak muda Melayu Islam bukan diimport dari barat!!!

2 mengetengahkan jalan cerita berunsur sejarah yang ilmiah dan bukan hiburan semata-mata!

3. diselangi dengan lagu-lagu yang membawa mesej positif.

4. anda akan rasai kelainan bila melihat persembahan teater yang sukar dijumpai di negara barat..

5. Sirah keagungan Islam dipersembahkan dalam dialog yang mudah untuk dihayati.



antara persembahan yang dipertontonkan adalah teater, nyanyian Nasyid oleh kumpulan Sohwah, Rabitah, Muadz, Nazrey Johani, Far-East, Now See Heart, deklamasi sajak dan tayangan video..



apakah alasan lagi untuk mengatakan hiburan Islam hanya nasyid yang mendayu-dayu dan tidak menarik..itu ini dan macam2 lagi?sedangkan terdapat berbagai pilihan?anda pilih dan anda tentukan!



Islam itu indah dan luas..selagi hiburan tersebut tidak melampaui batas dan syariat..maka Islam membenarkannya..

satu perkara yang menarik perhatian saya ketika menghadiri Sirah Muzikal ini adalah dewan auditorium majoritinya dipenuhi dengan anak muda...sehinggakan ada yang datang 'walk in' untuk dapatkan tiket disaat akhir tetapi tidak dapat membeli tiket kerana tiket habis..begitu ghairahnya mereka untuk mengenali muzikal Islam dengan lebih dekat lagi..tahniah saya ucapkan..





p/s:kepada yang masih belum pernah ke Sirah Muzikal dan seumpamanya, cari peluang untuk tonton dan nantikan yang seterusnya jika ada..rugi yob kalau edok amik peluang best camni.. =)

Khamis, 30 September 2010

Ujian berliku penguat diriku

Assalamu'alaikum w.b.t

Setelah sekelian lama 'berehat' dari medan menulis di blog ini membuatkan hati ini mula terpanggil untuk terjun kembali..

Namun kali ini mungkin hanya santai dalam berbicara tajuk yang senantiasa biasa dibaca dan dilihat di helaian artikel di luar sana..namun inilah serba sedikit perkongsian yang aku ingin sampaikan buat semua pembaca yang sudi melawati laman ini..

Kehidupan merupakan suatu proses yang penuh dengan pelbagai 'aksi' dalam menyusuri perjalanan..

Usiaku di dunia ini masih lagi di peringkat awal fasa kehidupan iaitu 21 tahun dan masih banyak perkara yang aku tertinggal ilmunya dan juga masih cetek pengalaman hidup..akan tetapi aku sudah bermula langkah dalam menyusuri makna sebenar kehidupan..tambahan pula aku baru saja menjadi lepasan graduan buat sementara ini.Bulan Jun 2010, tamatlah pengajian Diploma Kejuruteraan Mekanikal aku di Politeknik Merlimau Melaka.

Dunia baru saja mendidik aku mengenal erti kehidupan sebenar dalam keadaan yang aku merasai betapa peritnya ibu bapa aku dahulu mencari nafkah demi menjamin kesejahteraan dan memenuhi kehendak anaknya ini.Terima kasih yang tidak terhingga Mak dan Bapak yang cukup banyak berkorban untukku.Moga Allah memberi balasan sebaik-baiknya buat kalian.

Kini aku dalam proses mencari kestabilan diri dari segi mencari pendapatan kehidupan yang aku rasai ujiannya yang hebat. Sewaktu kebanyakkan rakan seangkatan memilih haluan hidup untuk belajar dan bekerja pada tempat yang tinggi ganjarannya namun aku memilih untuk terus survive mencari pendapatan di Politeknik Merlimau Melaka untuk mencari sesuatu yang berharga di sini iaitu membangunkan potensi mahasiswa ke arah mengembalikan kekuatan jati diri dan kegemilangan bangsa dan agama. Pelbagai reaksi dan kritikan yang aku terima dari keluarga dan rakan-rakan namun aku menerima semuanya dengan hati terbuka.

coretan yang ingin aku sampaikan disini ialah dugaan dan ujian hidup adalah sememangnya besar dan mencabar.liku-liku yang aku hadapi dalam kehidupan sebenar selepas tamat belajar baru hanya 3 bulan namun ia telah banyak mengajar aku erti hidup dan pengorbanan..aku seolah-olah patah semangat suatu ketika dahulu oleh kerana tiada kestabilan pendapatan walaupun masih mempunyai duit simpanan. Aku merasakan bahawa inilah yang dimaksudkan bahawa aku perlu keluar daripada ZON SELESA.

Kini aku masih mencari peluang menjana pendapatan melalui peluang niaga yang mampu aku lakukan untuk teruskan misi membangunkan belia di sini..erti survival yang dilalui kini menguatkan lagi diriku disamping aku mempelajari menghargai setiap perkara yang dikurniakan disekelilingku ini. Terkadang ujian yang mendatang membuatkan menangisi dan merintih yang amat atas nikmat yang dianugerahkan Allah yang mungkin aku tidak syukuri sepenuhnya dan kemanisan indahnya rintihan itu datang melalui rezeki yang Allah kurniakan.

Aku juga mempunyai impian seperti insan lain untuk menyambung belajar sehingga ke peringkat lebih tinggi tetapi aku merasai biarlah perancangan untuk itu dilaksana apabila aku mencapai matlamat aku yang aku rasai lebih penting dan besar ketika ini. Runcingnya masalah jati diri belia disini membuat aku merasakan perlunya pengorbanan yang besar bagi insan yang merasakan bertangungjawab untuk membangunkan kembali belia Melayu Islam yang telah jauh dari ajaran agama dan bangsa. mungkin bermula dengan sebilangan kecil individu belia yang berkualiti namun ku yakini ianya akan berkembang seiring dengan perkembangan masa..InsyaAllah..

Wahai belia..sedarilah masalah yang dihadapi belia Melayu Islam ketika ini adalah amat kritikal dan setiap daripada kita yang merasakan individu bertanggungjawab dituntut berusaha melaksanakannya..kembali perbaiki dirimu dan serulah insan yang lain..yakinilah bahawa kejayaan sebenar akan digapai dan berbanggalah dengan menjadi identiti sebenar belia Melayu Muslim yang sejati!...mari keluar daripada merasakan kita sekarang adalah dalam zon selesa kerana perasaan itu amat berbahaya buat kita semua..sesungguhnya ujian itu adalah tarbiah buat dirimu untuk menjadi belia yang kuat!



"Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al-Qur'an kepadamu(Muhammad) secara beransur-ansur. Maka bersabarlah untuk (melaksanakan) ketetapan Tuhanmu, dan janganlah engkau ikuti orang yang berdosa dan orang yang kafir antara mereka." (Al-Insan:23-24)

Isnin, 30 Ogos 2010

Merdekakah Ramadhan atau Ramadhankah merdeka?



Tahun ini kita merayakan lagi sambutan kemerdekaan dalam bulan Ramadhan. Bagi saya tiada apa yang dinantikan selain daripada sambutan yang membazirkan duit-duit rakyat sedang ramai rakyat miskin yang berlaparan di rumah, menanti bantuan di rumah untuk meneruskan ibadah ramadhan. Bukan semata di Malaysia, malahan di Palestin, selatan Lubnan, dan banyak tempat lagi. Apa ertinya merdeka lahiriah sedangkan kita masih disumbat dengan penjajahan minda yang tidak kesudahan.

Saya teringat sedutan video seketika menonton ‘The Future of Our Religion’ oleh Tariq Swaidan, menceritakan kala mana Islam sudah menguasai Sepanyol, dan bagaimana tentera kristian merampas semula Sepanyol dari tangan orang Islam, bertahun-tahun intipan dibuat.

Bermula dengan bagaimana pengintip terjumpa dengan seorang remaja lelaki yang menangis teresak-esak. Bertanyalah pengintip tadi, akan gerangan apakah ia menangis. Maka dia berkata bahawasanya ibunya tidak membenarkan ia menyertai tentera Islam selagi mana ia tidak khatam al-Quran.

Pengintip tadi pulang dengan membawa berita bahawa mereka masih belum bersedia untuk menyerang orang Islam. beberapa tahun kemudian, pengintip dihantar lagi. Kali ini mereka terjumpa dengan seorang remaja lelaki lagi, sedang menangis. Ditanya kepadanya, mengapakah kamu menangis? Dijawabnya, bahawa ia putus cinta. Ketika itulah saat di mana tentera Kristian merebut peluang untuk menyerang orang Islam, sehingga Sepanyol jatuh ke tangan Kristian.

Apalah adanya kemerdekaan tanpa diertikan sebenar-benarnya apa itu merdeka? Seakan-akan ia adalah laungan yang dimain-mainkan penjajah, memperbudakkan kita. Tatkala kita dengan penuh yakin melaungkan kalimah merdeka, para penjajah balik dengan senyuman puas terlukis di wajah mereka.

Bahawa mereka tidak pulang dengan tangan kosong, bahkan mereka telah meninggalkan pasak-pasak peninggalan mereka, benih-benih pemahaman dan penjajahan mereka yang akan tumbuh meliar dan melilit setiap jiwa anak ‘merdeka’ kononnya.

Cukup sekadaran dengannya, kita tutup sirah pilu merdeka, mari singkap bagaimana dalam bulan Ramadhan membawa erti kepada kita dengan tawaran kemerdekaannya.



Saudara seaqidah yang saya cintai,
Sebagaimana maklumnya kita, kita sedar dan waras bahawa bulan Ramadhan adalah satu tempoh masa yang menjadi tarbiyyah buat diri kita. ya, ia satu latihan, dan didikan. Ia mendidik bagaimana untuk memerdekakan diri. Bagi mereka yang sepanjang masa diulit nafsu, serakah mahupun syahwat, dan seumpamanya, tentu sahaja Ramadhan yang mendatang dilihat sebagai sesuatu yang menyeksakan, kerana mereka sudah asyik dan tenggelam serta hanyut dengan nafsu dan dunia.

Ramadhan datang dengan membawa kepada kita didikan apa itu erti kemerdekaan. Ia bukan sekadar satu didikan supaya kita merasa bagaimana jerihnya menjadi seorang yang miskin harta dan tidak mampu walaupun untuk sesuap nasi.

Lebih dari itu, ia mendidik kita bagaimana untuk merdeka daripada cengkaman nafsu dan puasa datang dengan membawa kemerdekaan pada jiwa manusia daripada perhambaan nafsu. Daripada kita merasakan keinginan-keinginan yang membentuk kehendak kepada sesuatu, Ramadhan datang dengan seruan pembebasan daripada cengkaman nafsu.

Sesungguhnya nafsu adalah sekutu kuat syaitan, tatkala mana Ramadhan tiba dan syaitan dan ketuanya iblis dibelenggu, maka nafsulah yang akan bermain peranan untuk menjerumuskan kita ke kancah maksiat, daripada mengurangkan pahala berpuasa membawa kepada pembatalannya, na’udzubillahi min zalik.

Ramadhan datang membawa kerehatan kepada perut yang penat bekerja sebelas bulan dengan diisi makanan, diproses, dikeluarkan, berulang-ulang kali. Namun dalam bulan ini, perut diberikan rehat berjam-jam, daripada memproses makanan-makanan yang masuk. tak kurang yang menjadikan Ramadhan bulan ‘diet’, semoga berjaya.
Cumanya, samada kamu mengakhirkan Ramadhan dengan redha Allah dan ganjaran-Nya, atau kamu mengakhiri Ramadhan dengan penat dan lapar, serta perut yang ramping, sedang terlepas ganjaran-ganjarannya.

Begitulah juga pada bentuk nafsu yang lain. Ia mendidik nafsu kita untuk berbelanja kepada berjimat, mendidik syahwat kita agar fokus kepada ibadat. Apalagi yang membazir masa membuat sesuatu yang sia-sia, sedang Nabi berkata, salah satu keelokan seorang mukmin ialah meninggalkan apa yang tidak berfaedah padanya.
Kalau ada yang tetap kalah, maka dia sesungguhnya akan kalah dalam bulan tarbiyyah ini. Dengan memerdekakan diri daripada nafsu ini, barulah kita mengerti dan memahami erti kemerdekaan.

Ramadhan juga datang dengan membebaskan kita daripada belenggu duniawi dengan tawaran ganjaran ibadahnya. Bayangkan perkara yang sia-sia itu hanya akan mengurangkan pahala berpuasa, sehingga bisa membawa kepada pembatalannya. Puasa mendidik kita agar menjadi seorang yang qana’ah (bersyukur dengan apa yang ada), tidak kikir (kedekut) dengan hartanya, bersifat sabar, lebih-lebih lagi adalah disiplin. Disiplin mendidik kita memahami kehendak berpuasa yang benar, mencontohi amalan-amalan sunnah nabi, melaksanakan suruhan Allah melalui kalam wahyu dan hadith, meninggalkan pula apa yang dilarang dan dibenci, juga syubhah (meragukan).

Kita boleh jadi sangat pemurah dalam membeli pakaian dan persiapan untuk Ramadhan atau berpuasa, tapi amat kikir apabila sampai kepada bab menderma sedikit daripada harta yang ada. Kita mampu untuk bersabar dan mengumpul duit untuk membeli sesuatu yang kita suka, tapi kita tidak mampu bersabar untuk mengumpul pahala sebagai satu perdagangan yang baik dengan Allah.

Alangkah malangnya kita dan sia-sia pula amalan yang kita buat. seakannya tiada guna kita berlapar dan berdahaga sekiranya hal yang kita ‘anggap’ remeh ini tidak mampu untuk dilakukan.

Bayangkan ganjaran kepada amalan-amalan yang dilakukan sepanjang ramadhan, siapa yang bisa memberi satu tawaran yang lebih hebat daripada Allah? Sedang tawaran Dia kekal dan berpanjangan, bukan semata di dunia, malah ke akhirat sana. Ramadhan datang dengan mendidik kita erti merdeka daripada perhambaan manusia, dan hanya menjadi hamba kepada Allah semata.

Maka ia menjadi satu bulan di mana kita bisa bertaqarrub lebih dengan Allah. Kerana itu Allah perkayakan tawarannya di bulan ini dengan solat sunat Tarawih, tilawah al-Quran, Qiyamullail, dan juga lailatul qadr. Dengan syaitan dibelenggu dan diikat, maka tiada apa yang menghalang kita daripada hendak beribadah kepada Allah. Kalau masih lalai dan leka, serta tidak mahu kepada kebaikan, maka kita mungkin sudah berajakan nafsu.

Ramadhan datang membawa erti kemerdekaan, ertilah kemerdekaan ini pada hakikatnya bukan pada takrifnya semata.
Ayuh, perkasakan tubuh, perkayakan ibadah, mengejar redha Allah, mencapai redha Allah.

sumber:
http://www.ismaweb.net/v4/merdeka-dan-ramadhan/
http://thetalkingpen.blogspot.com/

Selasa, 29 Jun 2010

Demimu Al-Aqsa..Kami Peduli Panggilanmu..







Ayuh Tapakkan Kaki Di Jalan Illahi..jangan Ragu Lagi Janji Syurganya Pasti...

P/s: Pasti peminat Shoutul Harakah menanti lirik tersebut bergema nanti..jom dengar di sana..

Khamis, 3 Jun 2010

Pemuda...Gaza Memanggilmu..di manakah Kita?

Assalamu'alaikum w.b.t..

Pandanglah dan selamilah wahai pemuda...





Dunia kembali menjadi sedih,marah dan simpati dengan isu pencerobohan zionis laknatullah ke atas kapal flotilla yang membawa misi bantuan yang dipanggil 'Life Line for Gaza (LL4G) ke Gaza beberapa hari yang lalu. Penyertaan dari rakyat Turki, Malaysia, Indonesia dan pelbagai negara melambangkan kesungguhan dan pengorbanan penduduk dunia untuk membantu bumi Gaza,Palestin daripada penindasan zionis laknatullah telah menyentuh jiwa penduduk dunia. Tambahan pula, apabila diserang oleh komando zionis yang hanya memberi alasan serangan ke atas kapal itu untuk mempertahankan diri. Adakah relevan dan munasabah alasan zionis tersebut??? sedangkan misi bantuan tersebut membawa barangan bantuan oleh kebanyakan hanyalah sukarelawan dan orang awam??

isu ini mungkin dipandang sebagai isu kemanusiaan oleh penduduk dunia yang bukan Muslim namun TIDAK bagi yang MUSLIM!..kerna isu ini juga merupakan isu aqidah umat Islam..

Berbicara tentang simpati yang melanda mengaitkan nilai pengorbanan yang dilakukan oleh para simpati? namun apakah sumbangan yang telah berikan??
adakah sekadar melihat di dada-dada akhbar, kaca televisyen lalu mengalir air mata kemudian hanya berdiam diri itu sudah cukup??
oh barangkali mereka jauh dari kita, cukuplah hanya sekadar simpati lalu menonton dan terus membisu tanpa tindakan dan berseronok kembali dengan gaya hidup seperti biasa..

atau bercerita dengan semangat berkenaan isu palestin sambil minum coca cola,kopi starbuck, makan MCD dan menghisap rokok jenama Amerika itu sebagai sumbangan yang berharga daripada kita??

sedarilah apakah yang kita akan jawab di depan Yang Maha Esa kelak apabila disoal berkenaan tindakan dan sumbangan yang kita lakukan tika saudara di Palestin bergelut dengan zionis laknatullah?

jadi apa yang perlu kita lakukan bagi lulus ujian soalan itu nanti??



bantu saudara kita dengan memboikot barangan Amerika dan Israel..barangkali kita nampak menyusahkan diri dan kenapa perlu nak boikot??sedangkan dana sumbangan daripada pembelian ke atas barangan tersebut membantu memercikkan dan menumpahkan darah saudara kita dengan peluru si angkuh tersebut...atau kita menunggu saat DARAH KELUARGA KITA DITUMPAH OLEH PELURU YANG KITA SENDIRI BERIKAN MODAL KEPADA SI ANGKUH ITU BARU NAK MEMBOIKOT??



lakukan solat hajat dan baca doa Qunut Nazilah..





berkempenlah untuk berkabung dan memboikot seperti menukar gambar profil kepada gambar berunsur Palestin dan menyebarkan isu Palestin di laman sosial millatfacebook, facebook, friendster, myspace, tagged dan bermacam lagi.



buang segala logo zionis yang terdapat dalam perisian komputer dan lain-lain..
kepada yang tidak tahu di dalam komputer kita ada menyimpan lambang zionis. tak percaya? lihatdisini C:\ProgramFiles\Microsoft Office\MEDIA\CAGCAT10\J0285926.WMF tolong delete file ni..foto kemenangan lambang zionis..harap hebahkan



ringankanlah beban saudara kita dengan menghulurkan bantuan kewangan yang termampu..seperti kempen RM1, 1 hari, 1 keluarga..sumbangan boleh diberi pada badan-badan tertentu yang terlibat dengan saluran bantuan ke Palestin sebagai contoh NGO, Aman Palestin Bhd di akaun Bank Islam: 12029010047880 dan untuk akaun Maybank: 5622633010787 atau layari amanpalestin.net

sertai demonstrasi bantahan terhadap Zionis yang diadakan di seluruh negara
sebagai contoh program Rapat Umum Solidariti Untuk Gaza yang diadakan di Tabung Haji Jln Tun Abd Razak, Kuala Lumpur pada 4 Jun 2010 pukul 10 pagi..sertailah seramai mungkin bagi menyatakan sokongan anda terhadap Gaza sebagai salah satu pengorbanan yang akan dijadikan bekal serta saksi dihadapan Yang Maha Berkuasa kelak..



Ingatlah Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud "Barangsiapa yang tidak mengambil berat urusan umat Islam, maka dia bukanlah di kalangan mereka"-Al-hadis




Wahai pemuda dan belia bertindaklah sekarang demi saudaramu di sana..ayuh bangkitkanlah semangat Salahuddin Al Ayyubi yang ada pada dirimu..jadilah pemuda Al-Quds yang berwibawa..moga sumbangan kita sedikit sebanyak ini mudah-mudahan menjdai bekal di akhirat nanti serta diredhaiNya..

Selasa, 4 Mei 2010

Final Project of the.....

Apabila disebut tentang final projek..apa yang digambarkan dalam minda anda?
1) Projek pada tahun akhir di institusi pengajian tinggi.
2) perancangan bisnes.
3) plan anda ketika cuti hujung minggu.
4) ?????

Kenapa ruang no 4..tanda soal?...kerna ianya subjektif pada pemikiran masing-masing..


Rajah di atas: projek akhir Hydraulic Bench

Namun wujudkah dalam minda kita berkenaan penyediaan projek akhir untuk kehidupan sepanjang masa dan pengisian manfaat,bakti dan pengorbanan yang boleh dilakukan sewaktu hidup yang singkat ini bagi memperolehi keseronokan dan syoknya hidup dengan tenang tanpa noktah,penghujungnya...

Masih gelapkah lagi kaca mata hitam itu hingga tidak nampak apa yang berlaku di sekeliling kita?...hingga merasakan diri sudah selesa buat selamanya..

Sedarilah bahawa proses pembikinan FINAL PROJECT itu masih banyak perlu dilakukan, Final project untuk membuat sebuah mesin hanya dengan mengambil masa yang tertentu dan singkat tetapi tempoh persediaan dan usaha untuk menyiapkan FINAL PROJECT yang sebenar-benar FINAL itu adalah panjang dan penuh cabaran...bagi setiap kerosakan yang berlaku perlu dibaiki hingga daripada kerosakan kembali menjadi berfungsi dan terus berfungsi.



Jika ada yang masih fikirkan berkenaan projek 'AKHIR' tersebut,boleh lah melakarkan plan dari sekarang...jom sama-sama terlibat dalam projek akhir ini..

Jumaat, 30 April 2010

Nilai Iman vs Nilai Rakan Dalam Hidup Belia

Alam remaja tak lekang cabaran. Daya inkuiri yang tinggi untuk mencuba sesuatu yang baru amat ketara. Perasaan dan keinginan bergelora hebat. Ia suatu tempoh transisi menuju dewasa. Rakan sebaya biasanya sangat berpengaruh dalam kehidupan seseorang remaja dalam tempoh ini.

Seringkali setiap remaja keliru untuk berhadapan dengan segala sesuatu. Sukar untuk menentukan bagaimanakah sepatutnya perasaan, konsep dan penilaian sebenar terhadap masalah-masalah, terhadap peristiwa-peristiwa dan juga terhadap individu manusia pada keseluruhannya. Firman Allah S.W.T. :
Terjemahannya:
" Janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah kamu bersedih hati, padahal kamu orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman. "
(Surah Ali 'Imran: ayat 139.)

Rasa mulia dan tinggi dengan iman, suatu perasaan yang sungguh memotivasikan hidup. Perasaan ini akan menjadikan hidup lebih terarah dalam menghadapi setiap realiti, kemungkinan dan nilaian manusia. Muslim beriman akan memegang Iman dan nilainya mengatasi segala bentuk nilai yang datang dari sumber yang lain. Sungguh hebat perasaan ini mempengaruhi hidup seseorang yang yakin dengannya.

Begitulah remaja beriman takkan mudah goyah dengan nilaian kawan-kawan. Tetap teguh pendirian apabila kawan-kawannya mengejek lekeh jika tidak merokok. Atau memandang tak laku jika belum berpunya. Dia tak mudah melatah apabila dianggap ’skema’. Imannya menjadi perisai apabila diajak berfoya-foya. Hebat sekali kuasa iman.
Rasa mulia dengan iman ini suatu perasaan yang perlu ditanam dan disuburkan hinggalah ianya tidak menjadi suatu perasaan yang hangat-hangat tahi ayam sahaja. Perasaan agung itu mestilah berdasarkan kebenaran Allah yang Maha Hidup dan tidak mengenal mati. Kebenaran yang tetap hidup walaupun dicabar oleh kekuatan, oleh konsep dan realiti yang sering berlegar dalam kehidupan seharian remaja. Contohnya, remaja beriman akan tegas berkata,
”Saya takkan menjadi robot yang hanya terpacak di hadapan tv, diikat hidung oleh media yang sering menghidangkan hiburan.”

Kebanyakan remaja hari ini terdedah dengan arus globalisasi hingga mempunyai cara berfikir sendiri yang sangat berpengaruh sesama mereka. Persekitaran dan didikan juga menyebabkan mereka mempunyai nilai-nilai yang sukar untuk ditentang; nilai yang menekan rakan sebayanya untuk turut terikat dengannya.

”Tak keluar dating? Apa kuno sangat kamu ni? Ni bukan zaman nenek moyang dulu.”
Inilah hanyalah salah satu contoh pemikiran remaja kita. Cara berfikir, dan nilai itu menekan remaja lain yang tidak mempunyai persediaan yang kukuh. Begitu juga setiap konsep yang membelenggu cara berfikir remaja hari ini memang mempunyai ikatan yang kukuh dan kuat, yang sukar dikikis jika tidak dihadapi dengan suatu konsep yang kebal yang diceduk dari Allah S.W.T.

Setiap remaja yang menentang arus, yang menentang cara berfikir remaja lain, menentang nilai hidup mereka dan sebagainya, tentu akan merasa tersisih dan bersedih hati, jika tidak berpegang kepada dahan yang lebih kukuh dari manusia itu sendiri. Allah S.W.T. pasti tidak membiarkan orang-orang yang beriman keseorangan menghadapi tekanan, kesepian menanggung beban yang berat itu. Oleh kerana itu, sungguh indah (Surah Ali 'Imran: ayat 139) memujuk setiap orang beriman. Sesungguhnya orang yang beriman itulah orang yang paling tinggi darjat tempat pergantungannya. Kenapa nilai remaja lain perlu lebih berpengaruh dalam hidup kita berbanding nilaian Allah yang menciptakan kita semua? Fikir-fikirkanlah.

Contohilah keberanian Rabi’ bin Amir dalam menyatakan imannya di hadapan Rustam menjelang perang Qodisiyyah.
"Allah telah mengutuskan kami untuk mengeluarkan sesiapa sahaja yang dikehendaki-Nya daripada pengabdian terhadap hamba kepada pengabdian kepada Allah s.w.t., dari kesempitan dunia kepada keselesaan hidup dunia dan akhirat, juga dari kezaliman agama-agama lain kepada keadilan Islam. "

Wahai remaja beriman, kita belum lagi diuji berhadapan kuasa kafir sebagaimana Rabi’ bin Amir berhadapan Rustam, kita baru diuji berhadapan dengan suara-suara rakan sebaya. Kenapa perlu gentar menyatakan iman kita terhadap mereka bagi menolak segala ajakan dan dakwaan yang tidak sihat? Jangan mudah mengalah. Rasa mulia dan tinggilah dengan iman.

Ditulis oleh: Novelis, Fatimah Syarha Mohd Noordin.

Isnin, 5 April 2010

Saya juga ingin menjadi Belia Super...

GERAI KONVO PEMBINA DI POLITEKNIK MERLIMAU MELAKA



Alhamdulillah, Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) cawangan Negeri Melaka buat julung-julung kalinya mengadakan gerai pameran dan jualan bersama-sama Aman Palestin di Politeknik Merlimau Melaka. Pameran selama 3 hari tersebut adalah bersempena dengan Majlis Konvokesyen Politeknik Merlimau Melaka kali ke-6. Sebanyak 10 orang belia dan 5 orang beliawanis terlibat dalam menjayakan pameran dan jualan di gerai PEMBINA dan Aman Palestin tersebut. Ucapan terima kasih dan setinggi- tinggi penghargaankepada pihak Politeknik Merliamu Melaka kerana sudi menjemput PEMBINA untuk untuk membuka gerai pemeran dan jualan bersama Aman Palestin secara tanpa mengenakan sebarang bayaran. Moga ketulusan hati pihak Politeknik Merlimau mendapat balasan yang besar manfaatnya daripada Allah.

Pada hari pertama gerai dibuka, gerai PEMBINA dan Aman Palestin mendapat sambutan daripada warga Politeknik Merlimau Melaka khususnya golongan belia. Majoriti daripada pengunjung mula mengenali PEMBINA melalui pameran yang diadakan dengan melihat buku-buku pengenalan program serta gambar-gambar aktiviti yang dipamerkan. Tidak kurang juga sambutan terhadap menjadi sukarelawan atau sahabat PEMBINA amat memberangsangkan sehingga borang yang disediakan pada mulanya habis diisi oleh pengunjung. Bak kata pepatah tidak kenal, maka tidak cinta. Apabila kenal PEMBINA, hati jatuh bertaut pada PEMBINA.

Belia dan beliawanis PEMBINA Politeknik Merlimau juga tidak melepaskan peluang untuk turut serta dalam aktiviti kebajikan serta kemasyarakatan dengan membantu pihak Aman Palestin mengedar bulletin dan melancarkan kutipan sumbangan bantuan ke Palestin di sekitar kawasan Politeknik Merlimau terutama sewaktu berlangsungnya Forum Perdana Hal Ehwal Islam yang turut mengundang Prof. Dr. Redzuan Tee Abdullah sebagai panelis forum tersebut. Kupasan tajuk isi perbincangan forum juga amat bertepatan dan sinonim dengan keprihatinan dan ‘ringan tulang’ para belia dan beliawanis yang terlibat dalam melakukan aktiviti kebajikan dan kerja amnya.

Pembukaan gerai PEMBINA bersama Aman Palestin selama 3 hari tersebut telah memberi kesan yang positif dalam isu jati diri, hala tuju kehidupan, Palestin,dan kemanusiaan terhadap belia dan beliawanis yang hadir pada gerai pameran dan jualan tersebut. Sebilangan besar yang hadir dan melihat pameran tersebut amat berminta untuk mengetahui lebih dekat dan mengikuti program PEMBINA sebagaimana dengan individu yang telah mengisi boring sukarelawan PEMBINA. Belia dan beliawanis di tempat lain pula bagaimana? Moga para belia dan beliawanis di seluruh Negara juga tidak turut melepaskan peluang untuk menjadi belia dan beliawanis yang berkualiti, produktiviti, prihatin dan mampu menyumbang kepada agama, bangsa dan Negara tercinta. Ayuh mari bersama-sama sertai PEMBINA untuk menjadi ‘Belia Generasi Hadapan’.















Rabu, 17 Mac 2010

KASBEM...tu apa???

nak tau tgk poster ni....




maklumat lanjut... layari: http://kasbem.pembinamelaka.com/

jom ramai2 gi sertai...ajak la kawan2 n sape2 je...

Jumaat, 12 Mac 2010

Rasulullah Idola Belia Terunggul

Rasulullah Idola Belia Terunggul

Mari kita dengarkan tentang Rasulullah,
Ayahnya bernama Abdullah,
Ibunya Siti Aminah,
Bangsa Quraisy daripada bani Hasyim,
Nasabnya hingga ke Nabi Ibrahim
Dibesarkan dalam keadaan yatim piatu,
Tidak pernah bermanja dengan ibu-bapanya,
Dia adalah makluk yang paling dicintai Tuhan
Ya Rasulullah,
Aku tahu cintamu kepada umat,
Sehinggakan dihujung hayatmu
Bergetar bibirmu melafazkan,ummati-ummati,umatku
Suasana hiba menyelubungi umatmu tika itu.

Namun..Kini,
Hanya sedikit yang menghayati warisanmu itu,
Umatmu lebih sibuk melayari bahtera dunia ini,
Seperti dunia ini tiada penghujungnya..
Sunnahmu diabaikan..
Dimanakah umat Rasulullah hari ini???
Solatnya diabaikan,auratnya ditayangkan,
Pergaulan bebas dibiarkan
Rasulullah berpesan pemuda adalah tunjang kekuatan,
Jadilah seperti pemuda-pemuda zaman Rasulullah,
Yang hebat dan berkualiti,
Seperti Ali bin Abi Talib,Usamah Bin Zaid

Dimanakah umat Islam hari ini ??
Yang sibuk berpecah sesama sendiri atas perbezaan,
Menjatuhkan sesama sendiri sehinggakan lupa pada dasar perjuanganmu,
Sibuk menjayakan agenda barat dan yahudi,
Sedangkan disana,Palestin bumi kiblat pertama,
Tempat baginda mengalami peristiwa Isra’ mikraj
sedang bergelut dengan yahudi laknatullah..siapakah yg mempedulikannya?

Ya Rasulullah,
Engkaulah sebaik-baik suri tauladan,
Engkaulah ikutan kami.
Engkau telah menyatukan dua pihak,
Ansar dan muhajirin
Moga umatmu hari ini juga bersatu.


Wahai umat Muhammad,
Ayuh!!!Bangkitlah kalian…
Kembalikan diri ini dengan warisan baginda..
Selamilah ajaran dan sunnah Baginda..
Masih tidak terlambat untuk umat ini bertindak,
Yakinilah..Sinar itu masih ada,
Gerhana hanya sementara,
Innalillahi wainnahilaihiraji’un..
Setiap satunya akan kembali kepada Allah..


Sabtu, 27 Februari 2010

Kepimpinan Harapan Memacu Sinar Belia Islam di Malaysia



Perlantikan barisan Jawatan Kuasa Pusat (JKP) PEMBINA yang baru dalam AGM ke-3 baru-baru ini, pada hemat saya merupakan suatu lonjakan besar yang penuh bermakna buat pembangunan dan pelestarian agenda PEMBINA di persada nasional. Tanpa menolak jasa dan pencapaian yang telah dilakar oleh JKP terdahulu, pemilihan baru ini dilihat sebagai barisan kepimpinan idaman (dream team) yang bakal mencetus nafas baru dalam memastikan kesinambungan perjuangan PEMBINA. Di sini saya coretkan beberapa potensi yang dimiliki mereka bagi menggalas tugas dan amanah besar ini:

1. Potensi Fitrah

Saya mengenali secara peribadi majoriti individu dalam barisan JKP yang baru dipilih. Perkenalan saya dengan mereka sejak zaman universiti membawa kepada satu kesimpulan, mereka adalah manusia hebat yang ikhlas dalam perjuangan.
Zaizul Azizi Zaman ialah ‘senior’ saya di universiti. Dialah yang menyambut saya dan rakan seangkatan di Tullamarine Airport ketika kali pertama kami menjejakkan kaki ke bumi Melbourne, Australia. Mana mungkin kami melupakan jasa dan susah payah beliau menguruskan penempatan kami, menunjukkan jalan, memperkenalkan kedai, mengajar selok belok pengangkutan awam, membelanja makan dan berjalan-jalan. Kata-kata yang beliau sering ungkapkan, tidak mungkin saya lupa, “We have nothing to lose” (Kita tidak sedikitpun rugi). Zaizul adalah guru pertama yang mengajarkan saya erti pengorbanan, ukhuwwah dan berkata benar.

Norzafry Norhalim pula ialah bekas sahabat serumah saya. Angka 1705 mempertaut hubungan antara kami. Walaupun beliau setahun lebih muda berbanding saya dan ahli rumah yang lain, ternyata usia bukanlah penghalang untuk kami mencipta keakraban tersendiri. Mungkin disebabkan kematangan beliau (tengok jambang pun dah tahu!) dan kemahiran hubungan sosial yang tinggi memudahkannya bergaul dengan orang yang jauh lebih tua. Malah, di rumah kami beliaulah yang sering menceriakan suasana dengan pelbagai gelagat dan jenaka. Terlalu banyak suka duka yang dikongsi bersama sehinggakan ketika tulisan ini dihasilkan pun, saya tersenyum sendiri mengenangkan Zaman silam penuh nostalgia yang pernah kami tempuhi. Zafry adalah sahabat yang mengajarkan saya erti keberanian, kepercayaan dan kerjasama.

Muadz M Zain juga seangkatan dengan Zafry. Beliau mengambil jurusan yang sama dengan saya, menjadikan kami rapat kerana saya sering berkongsi, buku rujukan, laporan makmal (lab report), tutorial dan tugasan universiti yang lain (Entah betul atau tak jawapannya, saya pun tak pasti….). Kami juga berkongsi minat bersukan dan berekreasi. Walaupun beliau tinggal di rumah lain di tingkat 6, ada kalanya beliau menghabiskan lebih banyak masanya di rumah saya di tingkat 17. Muadz adalah saudara yang mengajarkan saya erti kerendahan hati, saling menghormati dan keprihatinan.

Tengku Asyraf pula ialah ‘junior’ saya di sana. Saya menyambut beliau dan rakan seangkatannya di Tullamarine Airport ketika mereka tiba di Melbourne buat pertama kali. Hubungan kami lebih kepada hubungan abang dan adik. Berlainan universiti dan jurusan menjadikan interaksi antara kami agak terhad, namun saya memerhatikan beliau dan rakan seangkatan yang lain dewasa dan membesar. Kedewasaan dan kematangan yang menyejukkan mata dan hati. Asyraf saya lihat memainkan peranan yang besar sebagai ketua dan tempat rujuk bagi sahabat-sahabat seangkatannya yang lain. Asyraf adalah adik yang mengajarkan saya erti kepatuhan, keikhlasan dan ketenangan.

Selain mereka, Syukri dan Ibrahim saya mula kenali di tanahair, selepas tamat belajar.

2. Potensi Pengalaman (Persatuan Pelajar Islam)

Kesemua JKP yang baru dipilih mempunyai pengalaman yang luas dalam mengendalikan persatuan pelajar Islam samada di dalam mahupun di luar negara. Berdasarkan pemerhatian saya, mengendalikan persatuan pelajar Islam di dalam dan di luar negara menjanjikan pengalaman yang cukup berbeza.
Pergerakan persatuan pelajar di Malaysia secara umumnya didominasi oleh birokrasi dan protokol yang ketat, kebebasan bersuara dan kebebasan media yang terbatas, interaksi dengan rakyat kampus yang minimum serta ruang lingkup kerja yang lebih berbentuk rutin.

Realiti di luar negara memperlihatkan senario sebaliknya. Pergerakan pelajar Islam di luar negara terutama negara-negara Barat agak bebas dan tidak dikongkong menyebabkan mereka mampu menyuarakan pandangan dengan lantang dan berani. Komunikasi dengan masyarakat kampus hidup dan rancak serta menyentuh pelbagai isu dan kemelut yang bersifat sejagat disekeliling mereka.

Tidak dinafikan, kelebihan terletak kepada para pimpinan yang telah lama bergelumang dengan politik kampus di Malaysia kerana PEMBINA sendiri adalah NGO belia yang bersifat tempatan, namun saya berpendapat sedikit sebanyak pengalaman berpersatuan di luar negara akan memperkaya dan menjanjikan keunikan terhadap cara pengendalian serta corak kepimpinan sesuatu organisasi. Maka di sinilah kekuatan barisan baru pemimpin tertinggi PEMBINA, kombinasi pakar persatuan pelajar Islam dari dalam dan luar negara pasti mencerna kelainan dan keistimewaan yang tersendiri!

3. Potensi Pengalaman (Kerjaya)

Bukan suatu kebetulan juga bahawa kebanyakan ahli JKP PEMBINA kali ini merupakan pekerja syarikat petroleum nasional yang tidak asing lagi, PETRONAS. Untuk makluman, PETRONAS tersenarai dalam Fortune Global 500 sebagai antara syarikat terbesar di dunia, menduduki tempat ke-95 pada tahun 2008 dan meningkat ke tangga 80 pada tahun 2009. PETRONAS juga diiktiraf sebagai syarikat yang mencatat keuntungan ke-8 tertinggi di dunia dan tertinggi di Asia pada tahun 2008.

Lantas, berada dan bekerja dalam syarikat penuh prestij ini pastinya menjanjikan pengalaman yang cukup mahal harganya. Terlatih dengan pelbagai sistem pengurusan dan piawaian bertaraf dunia seperti Performance Planning and Appraisal (PPA), Solomon Benchmarking, Leadership Behavior and Value Feedback (LBVF), Refinery Management System (RMS), Knowledge Management (AXIS), PETRONAS Technical Standard (PTS), Maintenance Index (MI) Procedure serta banyak lagi pastinya memberikan kelebihan kepada mereka untuk memacu pengurusan PEMBINA ke arah yang lebih efektif dan berkesan. Sistem pengurusan, piawaian dan konsep-konsep korporat ini jika dapat diterap dan diadaptasikan dalam kontek pengurusan persatuan, pasti mampu meletakkan PEMBINA satu anak tangga lebih atas berbanding persatuan-persatuan belia yang lain.

4. Potensi Persefahaman

Tidak dapat dinafikan, persefahaman dan semangat kerja berpasukan yang tinggi merupakan nadi kepada mana-mana organisasi untuk berjaya. Semakin besar agenda yang diperjuangkan, maka semakin pentinglah elemen tersebut dalam sesuatu gerakan. Dan PEMBINA amat bertuah kerana persefahaman dan semangat kerja berpasukan sudah sedia terjalin di kalangan JKP yang baru dilantik. Kebanyakan mereka telah pun mengenali hati budi masing-masing semenjak berkecimpung dalam persatuan pelajar Islam di zaman universiti lagi.

Di tempat kerja saya, kami diminta untuk menduduki ujian personaliti (personality test) bagi menentukan karakter, cara berkomunikasi dan corak interaksi individu. Ujian ini dijadikan sebagai panduan untuk majikan lebih mengenali pekerja-pekerjanya, tahu cara terbaik untuk berinteraksi dengan mereka dan bagaimana mahu mengoptimumkan peranan mereka dalam menjayakan agenda syarikat.

Ternyata, PEMBINA tidak memerlukan instrumen ini kerana pimpinan yang dilantik telah mengharungi pahit maung perjuangan bersama sebelum ini. Pengalaman yang diharungi bersama ketika tidur bergelimpangan di dalam van selama 2 minggu bermusafir merentas benua, dikejar polis kerana memandu melebihi had laju, mengharungi kesejukan berwuduk dengan salji lantas bersolat berjemaah di atasnya, berkawal malam demi menjaga rakan-rakan yang sedang nyenyak tidur di dalam khemah dari serangan wombat, tidak mandi selama 3 hari sepanjang program, membawa pelajar baru melihat bebola api di Crowne dan memberikan tazkirah berkenaan api neraka, tidak dapat tidur malam setelah bermesyuarat sehingga lewat malam sambil menghirup kopi pekat manis buatan ‘pakcik’, bersolat tarawikh 8 rakaat hanya dalam masa 5 minit di Masjid Turki, membantu Brother Mansoor di City Mosque membersihkan karpet masjid selepas solat Subuh, menjamu Charcoal Chicken dan Big Sam’s pizza selama seminggu berturut-turut, mengalami kemalangan jalanraya dengan trem kerana kekok membuat hook turn, bermain bola sepak ala kampung di atas padang hoki universiti dan menunda van yang terbakar enjin di tengah kepekatan malam pastinya jauh lebih berharga untuk mengenali hati budi rakan seperjuangan berbanding menjawab soalan-soalan bertulis dalam ujian personaliti, walau dengan 99 peratus ketepatannya.

5. Potensi Sumbangan

Apa yang lebih penting dari empat perkara di atas ialah tenaga yang telah mereka curahkan, wang ringgit yang telah mereka laburkan, buah fikiran yang telah mereka perah, masa berharga yang telah mereka luangkan demi memartabatkan PEMBINA di persada nasional selama ini. Terlalu banyak untuk dicoretkan satu persatu disini. Cukuplah saya nyatakan, berdirinya PEMBINA seperti yang dilihat pada hari ini adalah sebahagiannya saham dari mereka dengan dipimpin oleh JKP yang terdahulu.

Benar, manusia selamanya tidak akan pernah menjadi malaikat yang sunyi dari segala kesilapan dan kepincangan. Malah kesilapanlah yang mendewasa dan mematangkan manusia, ke arah menjadi insan yang lebih baik. Mereka yang dilantik telah banyak belajar dan saya yakin, masih dalam proses pembelajaran. Dengan gandingan bahu dan pimpinan tangan yang padu, seluruh warga PEMBINA pasti mampu menampung kekurangan yang ada, malah menyediakan satu sistem sokongan yang mantap untuk bekerjasama membantu pimpinan yang telah dilantik bersama.

Bersama-sama kita doakan semoga barisan pimpinan baru ini mampu membawa PEMBINA ke suatu tahap yang lebih tingggi demi kemaslahatan agama, bangsa dan negara. Sesungguhnya amanah yang besar hanya akan mampu ditanggung oleh mereka yang berjiwa besar, ikhlas dan bersungguh-sungguh dalam amal. Berharaplah kepada Ilahi, bukankah Dia adalah sebaik-baik penolong?
Tahniah dan selamat bekerja kepada JKP PEMBINA yang baru!
Semoga Allah bersama kalian.

Nukilan,
Muhammad Lukman Al Hakim Bin Muhammad
Pengerusi,
PEMBINA Melaka

Jumaat, 12 Februari 2010

Belia & Politik...?

Telah sekian lama saya menyimpan hasrat untuk mengkaji dan menulis tentang topik di atas, namun kesibukan kerjaya dan aktiviti berpersatuan ternyata menjadi batu penghalang. Walaubagaimanapun sewaktu menjalani rutin harian membaca akhbar New Straits Times baru-baru ini, kolum kegemaran saya, "Opinion" membicarakan perbincangan yang cukup menarik. Tulisan ringkas bertajuk "For our young adults, it's too much trouble" (Ianya sangat sukar bagi generasi muda kita) memperlihatkan bagaimana generasi muda negara tidak melihat mengundi sebagai keutamaan dalam hidup mereka. Artikel tersebut seolah melengkapkan peta keseluruhan tajuk yang ingin saya nukilkan di sini.

Apabila saya menyebut belia, saya maksudkan golongan yang berumur antara 17 hingga 40 tahun. Manakala definisi politik yang saya gunapakai ialah proses di mana sekumpulan manusia membuat keputusan kolektif. Perkataan ini berasal dari bahasa Greek yang bermaksud urusan negara. Walaupun politik begitu sinonim dengan proses kenegaraan atau kerajaan sebagaimana yang difahami oleh kebanyakan daripada kita, saya cuba bawakan definisi lebih luas yang merangkumi aspek hubungan sosial dalam pelbagai institusi kemasyarakatan yang dibentuk dari sel-sel yang merupakan individu atau rakyat perseorangan. Maksud politik yang ingin saya huraikan juga jauh dari politik kepartian yang mendominasi persada negara kita buat masa ini.
Hakikatnya, tahap kepedulian golongan belia Malaysia terhadap politik berada pada tahap yang sangat rendah. Salah satu indikator yang menyokong fakta tersebut ialah statistik yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menunjukkan 4.39 juta atau 28 peratus rakyat negara kita yang berkelayakan masih belum mendaftar sebagai pengundi dan majoritinya adalah terdiri dari golongan muda. Dan anda mungkin merupakan salah seorang daripada mereka!


Bagi mengupas isu ini secara adil dan tepat, skop perbincangan perlu diperluas kerana saya berpendapat mendaftar sebagai pengundi cuma merupakan salah satu indikator kepedulian belia terhadap politik, namun bukan tanda aras sebenar. Malah para belia dan telah berdaftar dan membuang undi dalam setiap pilihanraya sekalipun tidak bermakna mereka benar-benar memahami, menghargai dan mengambil berat tentang politik serta pelbagai isu sekitarnya.

Antara indikator lain yang ingin saya bawakan ialah penglibatan anak-anak muda dalam pesatuan-persatuan belia di Malaysia. Statistik menunjukkan bahawa hanya 2.9 peratus golongan belia yang menyertai dan bergiat aktif di dalam persatuan belia atau badan bukan kerajaan (NGO) di negara kita. Golongan belia selebihnya saya bahagikan kepada dua. Yang pertama ialah belia-belia yang mengisi statistik keruntuhan moral kronik yang melanda negara seperti lumba haram, seks bebas, dadah, gengsterisme, jenayah juvana, hiburan melampau dan banyak lagi. Manakala golongan kedua ialah generasi muda yang duduk berdiam diri dengan agenda kehidupan masing-masing tanpa memperdulikan masyarakat sekeliling.

Tanpa perlu pergi lebih jauh, cuba anda perhatikan realiti di kawasan setempat anda. Berapa ramaikah para belia yang terlibat dengan institusi kemasyarakatan setempat seperti Ahli Jawatankuasa (AJK) surau dan masjid, persatuan-persatuan penduduk serta badan-badab kebajikan dan sukarelawan masyarakat lainnya. Kemungkinan besar, jari-jemari di tangan anda sudah cukup untuk menghitungnya! Kita belum berbicara tentang memegang jawatan-jawatan utama dalam mewakili rakyat setempat di arena politik tanahair. Jika institusi kecil masyarakat pun dipandang sepi, apatah lagi tangungjawab dan kedudukan yang lebih tinggi untuk memacu pentadbiran dan pembangunan negara.

Di mana silapnya?

Memahami tabiat golongan belia dan percaturan politik setempat merupakan pra-syarat kepada pemahaman yang tepat kepada punca kemelut ini. Secara ringkas, saya dapat simpulkan punca utama kepada komplikasi ini ialah hilangnya jatidiri dan karakter dalam diri anak-anak muda kita hari ini. Mereka kehilangan identiti diri, kabur matlamat hidup, hanyut dibawa arus deras hedonisme serta hilang sokongan sosial masyarakat sekeliling. Akhirnya mereka hanya mampu mengisi statistik-statistik keruntuhan moral yang saya sebutkan sebelum ini. Jika diri sendiri pun tidak mampu dipimpin, apalagi yang mahu diharapkan daripada mereka?

Namun, masih ada sebilangan kecil belia yang bernasib baik. Mereka berperibadi bersih, berpendidikan tinggi dan mempunyai status sosial yang baik. Tetapi permasalahan lain pula yang melanda. Pertama, matlamat hidup yang berbentuk individualisme dan meminggirkan sumbangan kepada agama dan negara. Kedua, pendedahan dan kefahaman yang dangkal tentang konsep politik dan aplikasinya. Selain itu, generasi belia hari ini juga tidak memahami kepentingan politik dalam membangunkan agenda bangsa dan agama.

Secara realiti, ketika di bangku sekolah, perihal politik langsung tidak diendahkan kerana pada persepsi mereka politik merupakan urusan ‘orang-orang dewasa'. Malah ketika mula berkecimpung dalam alam universiti atau kolej, sistem politik kampus yang persis politik kepartian negara ternyata menyebabkan mereka kecewa dan mengambil langkah mengundurkan diri. Setelah berkerjaya, kesibukan kerja dan pengurusan keluarga menjadikan mereka terus jauh dari terlibat dengan masyarakat setempat dan politik secara amnya.

Dapat simpulkan bahawa kehendak dan hasrat golongan ‘emas' ini yang tidak mampu ditampung oleh sistem politik tempatan semasa menjadi punca utama. Lantas lahirlah golongan belia yang berpendapat bahawa politik tidak ada kaitan langsung dengan kehidupan mereka. Mereka turut merasakan bahawa ahli politik yang dilantik tidak mampu mewakili hasrat dan agenda generasi muda disebabkan jurang umur, status ekonomi dan latar belakang pendidikan yang ketara.

Pelbagai usaha termasuk oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) mengisytiharkan 1985 sebagai Tahun Antarabangsa Untuk Belia, perlaksanaan dokumen PBB, Plan of Action for Youth Programmes for the Year 2000 and Beyond, Dasar Pembangunan Belia Negara (1997), Program Belia Komanwel (1998) dan Persidangan Pertama Menteri Belia SeDunia (1998) ternyata tidak banyak mengubah fenomena pembangunan belia serta penglibatan mereka dalam menyumbang terus kepada masyarakat dan negara.

Jadi, apakah masa depan belia negara dalam menggarap politik setempat? Ya, sudah tentu ianya banyak bergantung kepada peranan bersama institusi keluarga, sistem pendidikan, media massa, badan-badan bukan kerajaan, serta kerajaan sendiri untuk membina jatidiri generasi muda serta mengurangkan kalau tidakpun menutup terus jurang antara golongan ini dan arena politik itu sendiri. Pemahaman politik yang jelas serta perlaksanaannya dalam bentuk yang sihat perlu diterapkan kepada golongan muda demi memastikan penglibatan mereka yang lebih proaktif dan agresif dalam arena ini.




Sebagai contoh, pengalaman peribadi saya menghadiri Konvensyen Pemikiran Hasan Al Banna Dalam Melakar Sejarah Bangsa anjuran Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) ternyata memberikan pengalaman yang berharga. Melalui pemerhatian kasar saya, lebih 80 peratus daripada peserta konvensyen yang membincangkan perihal politik tanahair merupakan golongan belia terutamanya para pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta. Walaupun, kehadiran satu program ini tidak mencerminkan keadaan keseluruhan belia negara, saya tetap optimis ianya merupakan suatu petanda baik yang perlu disuburkan demi melihat peranan yang lebih besar dimainkan oleh golongan belia dalam arena politik negara. Lebih banyak program-program seumpama ini serta aktiviti-aktiviti khidmat masyarakat, kesukarelawanan, kursus-kursus kepimpinan dan jatidiri perlu dianjurkan bagi mendidik generasi muda kita asas-asas politik sebelum mereka berkecimpung dalam bidang politik yang lebih mencabar.

Nukilan,

Muhammad Lukman Al Hakim Bin Muhammad.
Pengerusi,
PEMBINA Melaka.

sumber : pembina.com.my

Bersatu Melambangkan Kekuatan..

Presiden ISMA, Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahman menyambut baik kenyataan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa parti tersebut sedia duduk berbincang dan bekerjasama dengan UMNO dalam setiap perkara termasuk yang berkaitan dengan hal-hal politik dan agama.

“Perkembangan terbaru ini menunjukkan kebenaran ijtihad kita apabila ISMA mengusulkan perdamaian antara golongan Melayu Islamis dan Melayu Nasionalis serta mengemukakan seruan ke arah kesatuan Melayu di atas satu agenda bangsa yang disepakati bersama,” ujar beliau.

Ustaz Abdullah Zaik berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Datuk Seri Abdul Hadi baru-baru ini bahawa PAS sedia bekerjasama dengan UMNO dalam perkara yang boleh dipersetujui dan memberi nasihat jika perkara sebaliknya berlaku, sesuai dengan amalan demokrasi yang diamalkan di negara ini.






Kenyataan Presiden PAS tersebut menyusuli cadangan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan merangkap Mursyidul Am PAS yang mahukan PAS dan UMNO duduk berbincang mengenai isu-isu berkaitan Islam dan Melayu serta menamatkan pertengkaran yang berlanjutan selama 50 tahun yang tidak membawa sebarang faedah.

Menurut Ustaz Abdullah Zaik, sudah sampai masanya untuk orang Melayu kembali kepada tujuan asal mereka dan melakar agenda bangsa berasaskan keperibadian dan akar sejarah mereka sendiri, bukannya terjebak dengan agenda orang lain sehingga sampai ke tahap saling menjatuhkan antara satu sama lain.

“Sudah tentu kejujuran kedua-dua pihak menjadi cagaran dalam menjayakan usaha yang mulia ini, tetapi percayalah orang Melayu tidak memiliki banyak pilihan, samada memperjuangkan agenda sendiri atau menjalankan agenda orang lain. Walaupun tidak meletakkan harapan yang terlalu tinggi, saya tetap optimis perkembangan ini akan menuju ke arah yang lebih baik demi masa depan agama, bangsa dan negara,” tambah beliau.



Kenyataan positif daripada kedua-dua pemimpin tertinggi PAS tersebut diharap dapat menjadi pencetus perubahan kepada budaya politik kepartian Melayu yang mengutamakan kepentingan umat mengatasi segala kepentingan lain, di samping menjadi batu asas kepada kesatuan bangsa Melayu Muslim di negara ini bagi menjayakan agenda Islam yang diimani.

sumber : ismaweb.net

Rabu, 20 Januari 2010

KOBANNA!!!! TUNGGU DAKU....

KOBANNA!!!! @ UNITEN??????










jOM meriah KOBANNA....ayuh jangan lepaskan peluang berharga ini..

p/s : rugi kalau x dapat pergi..ibarat bonus yang disia-siakan..apa tunggu lagi,daftarlah selagi tempat masih ada..tempat terhad!!!