Khamis, 10 Disember 2009

Nak urus kewangan dengan baik dan dah lama tak bersukan??

Salam buat semua,moga berada dalam redha Illahi. Buat semua pembaca blog ini, khasnya kepada golongan belia..jom kita ke program di bawah..

nak urus kewangan n nak jadi usahawan kan..

Jom join..




ha.. 1 lagi program ni mesti best..mesti banyak yang suka bersukan. apa lagi tunjukkan lah bakat anda di...




moga program di atas besar manfaatnya kepada yang sertainya..sambil join,sambil dapat kenalan n rapatkan ukhuwwah..tau nak kira2 kewangan n nak jadi usahawan hbat.pastu dapat sihatkan badan..dah berapa in 1 dah..macam serbuk vico lak..hee..

Ayuh gerakkan langkah anda ke sana!

Ahad, 15 November 2009

Belia Dinasihati Jangan Penuhi Masa Bersukaria

MELAKA 11 Okt. - Golongan belia diingatkan supaya jangan hanya memenuhi masa muda dengan bersukaria sebaliknya mereka perlu tahu menghargai diri sendiri sebagai aset penting terhadap masa depan negara.

Timbalan Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Datuk Idris Haron berkata, golongan tersebut perlu mempunyai motivasi dan memberi tumpuan pada kemahiran hidup bagi menjamin masa depan mereka lebih terjamin.

Menurutnya, penglibatan belia dengan pelbagai gejala sosial seperti penagihan najis dadah dan merempit motosikal di jalan raya wajar dihindarkan kerana mereka adalah aset penting kepada negara.

''Gejala sosial yang berlaku amat mendukacitakan dan MBM akan menjalankan pelbagai aktiviti berterusan bagi membimbing mereka menjadi golongan yang lebih bermakna kepada negara," katanya pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri yang diadakan di kediamannya di Klebang semalam.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Tangga Batu berkata, semua pihak iaitu persatuan belia daerah dan masyarakat termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) perlu memainkan peranan untuk memberi nasihat berguna kepada golongan tersebut bagi mencari kemajuan hidup yang lebih sempurna.

Ujarnya, golongan belia juga perlu bekerjasama dengan pelbagai pihak dalam usaha memastikan mereka tidak lagi terbabit dengan pelbagai gejala sosial.

Dipetik daripada:
http://pembina.com.my
http://www.belia.org.my/

Rabu, 4 November 2009

Sumbangan Derma Misi Bantuan Musim Sejuk ke Palestin

Assalamulaikum dan Salam Sejahtera:

Pusat Islam berkerjasama dengan Haluan Palestin dan Aman Palestin telah melancarkan "Derma Haluan Palestin" pada 22 Oktober 2009" yang telah diadakan pada Forum Perdana Keganasan Terhadap Palestin di Dewan Platinium PMM, yang dilancarkan oleh En Mohd Asri bin Chik (Wakil Pengarah).Dengan itu sumbangan/ Derma boleh diteruskan sehingga hari Jumaat minggu depan sebelum wakil Haluan Palestin iaitu Tn Hj Noor Azman bin Mohd Shamsuddin menerima secara rasmi yang disampaikan oleh Pengarah PMM. Oleh itu tuan/puan boleh menyumbang apa sahaja bentuk "medium" utk saudara kita di sana melalui AJK PI pensyarah jabatan tuan/puan :

JKE - Hj Jaidi Ahmad
JKM - En Mustafizul Helmi Abd Rahman
JKA - En Abd Ghani Rasyid
JP - Cik Nazila bt AdipJH - Pn Zuraidah
JPA/JMSK - Ustzh Asnuurien Najma bt Ahmad
UPP - En BadarHisham b Othman
Unit Pentadbiran - En Saari b Abdul Kadir



Sumbangan Ikhlas tn/pn amat diharapkan - maklum

2. Rawatan Islam akan diadakan di Pusat Islam PMM mulai 3 November 2009 (Isnin Malam)
bermula selepas solat maghrib hingga pukul 10 malam - rawatan dikendalikan di kalangan ahli Darul Shifa'yang berada sekitar Merlimau termasuk beberapa kakitangan PMM.Ikhtiar didulukan, penyembuhan diutamakan. Harap Maklum."Tidaklah diturunkan Al-Quran itu ia adalah untuk ubat dah Rahmat kepada orang-orang yang mukmin"

FMeja - PI

sumber:http://www.pmm.edu.my/index.php?option=com_content&task=view&id=267&Itemid=165

Jumaat, 23 Oktober 2009

Program Palestin Di Politeknik Merlimau

Assalamu'alaikum w.b.t

Alhamdulillah & tahniah kepada semua yang terlibat terutamanya kepada sekretariat Pusat Islam kerana berjaya menganjurkan program yang mengetuk hati warga politeknik dan alhamdulillah dengan izin Allah, PEMBINA n Aman Palestin buat julung kalinya bergabung membuat program di Dewan Platinum (Dewan Utama) Politeknik Merlimau Melaka.Sambutan dan kehadiran di luar jangkkan sehingga tidak cukup tempat duduk pada mulanya.Para panel terdiri daripada Wakil Aman Palestin, saudara Harris, panel daripada wakil PEMBINA saudara Usamah Bin Izer yang juga pelajar UIAM da seorang lagi panel yang dijemput adalah daripada wakil HALUAN iaitu saudara HJ Norazman yang berkhidmat sebagai pensyarah di UIAM.

Program yang dijalankan pada malam tersebut berjaya membuka minda warga politeknik khususnya para pelajar. Apa yang menarik ialah mereka amat berminat untuk membeli barangan yang berkaitan Palestin seperti stiker, button, buku, baju dan lain-lain.

Yang agak mengharukan tu bila ada pelajar yang tanya pada saya " Bang stiker save gaza tu ada lagi x?..saya tersenyum dengan soalan yang diajukan tu..apatah lagi dengan kata-kata seorang panel yang membangkitkan semangat mereka untuk menyumbang kepada palestin. Antaranya " Jika seorang mat rempit menderma kepada saya RM 692, anda bagaimana?" lebih kurang begitu lah kata-kata panel itu.
program bertambah menarik apabila pihak pusat islam mengadakan lakonan, deklamasi sajak n nasyid yang cukup dalam maknanya dan menyentuh, menggegarkan hati dan semangat warga politeknik dalam mengambil tahu dan membela saudara kita di Palestin..kepada yang lain ayuh memperbanyakkan program seperti ini di tempat anda..semoga kita semua tergolong dalam golongan yang mendapat keredhaan Allah..





Ayuh tanamkanlah semangat Salahuddin Al Ayyubi dalam diri..

Ahad, 4 Oktober 2009

Exam dan solat..

Assalamu'alaikum w.b.t.

Hati ini sering bertanya apakah insan hari ni seringkali merajinkan diri di waktu sempitnya diri atau mereka hanya memikirkan waktu yang sempit itulah semata-mata sebagai satu ruang mereka mengingati pencipta alam semesta ini.

Seorang pelajar ipt menulis huruf- demi huruf ke atas sehelai lembaran putih di meja belajar, sedang menulis satu persoalan keluar daripada mulut Wan kepada seorang kawan rumahnya, Mat..

" Ape kelebihan orang yang selalu jaga solat n rajin solat berjemaah ek?"

jawab mat " aku rasa tenang bile ada problems n senang untuk setel problem tu"

" Patutlah aku tengok kau ni tenang je bile waktu susah pon. lagi satu aku selalu tengok kawan kite study smpai berjam-jam sampai solat pon pada waktu hujung2 bak bahasa bola injury time camne yang kau tengok diorang melekat depan buku kan, tp bile result keluar selalunya lebih kurang je dengan orang yang study tp bila masa solat, luangkan masa untuk solat dulu n ada yang lagi bagus gi solat berjemaah.kadang2 kawa-kawan kite yang awal waktu solat ni xdelah study teruk2 sangat macam diorang tu tapi keputusan exam gempak n power " spontan kata2 yang keluar daripada mulut Wan.

" Sebenarnya tu la antara bonus orang yang jaga solat n perkara yang melibatkan hubungan dengan Allah, walau mereka ni xdelah study sampai sehebat dengan kawan2 kite yang tadi tu. cuba kite bandingkan 2 orang pekerja di sebuah syarikat dan jawatan sama..jangka masa pon same tp sorang iaitu si A bile bos panggil dia akan terus pergi menghadap bos die n sorang lagi, si B akan bagi alasan n lewatkan masa untuk jumpa bos die...pastu bile gaji dah keluar, si A bos akan bagi gaji lebih tambah bonus lain n si B dapat gaji cukup2 je n agak kurang dengan kos sara hidup sampai perbelanjaan pon x berapa cukup n kene jimat teruk2k ..kalau kau tertarik untuk menjadi seperti si A yang hanya menurut perintah bos degan menepati masa tp bonus berganda2 atau si B yang lengahkan n kurang menjaga hubungan dengan bos die tp bile dapat gaji hidup kurang bahagia??".pernyataan n persoalan Mat yang agak bermain minda.

" mestilah aku nak jadi pekerja si A tu sebab dengan jaga hubungan baik n dengan cepatkan urusan bos je dapat bonus yang berlipat kali ganda daripada si B" Wan melontarkan luahan pendapatnya.

itulah perumpamaan bagi orang yang menjaga solat n hubungannya dengan Allah...





Tetapi pada siapa yang dah berusaha dan menjaga hubungan baik dengan Allah iaitu dengan menuruti perintah Yang Maha Pencipta dengan sebaiknya tapi masih mendapat hasil yang kurang memuaskan dengan usahanya, maka fikirkanlah mungkin itu ujian dan tanda kasih sayangNya kepada kita. kerana Allah melihat setiap apa yang kamu kerjakan dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengasihani..mungkin ada hikmah di sebalik setiap yang terjadi.

Marilah menunaikan solat,
Marilah menuju kejayaan...




P/s : jom solat awal...lets pray in jamaah..

Jumaat, 2 Oktober 2009

Jemputan ke Ramah Mesra Aidilfitri ISMA Melaka


Bachang, Melaka: Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Cawangan Melaka meneruskan agenda mengesani masyarakat dengan kali ini menganjurkan majlis ramah mesra Aidilftri 1430 Hijriah. Majlis ini antara lain memuatkan kenduri doa selamat untuk aqiqah Solahuddin Bin Mursyidi, cahayamata pertama penyeri hidup pasangan ahli ISMA, Mursyidi B. Mohammad dan Dr. Nor Ruzaini.

Ramah Mesra AIdilfitri ISMA Melaka

Dengan ini, semua muslimin muslimat di sekitar Melaka dialu-alukan untuk bersama menghayati bulan Syawal yang mulia ini. Lokasi dan masa adalah seperti di bawah:

Hari : Sabtu
Tarikh : 3 Oktober 2009
Masa : 8:30 – 10:30 malam
Alamat : No. 18, Jln BU6, Tmn Bachang Utama (berhadapan Giant)

InsyaAllah, kenduri do’a selamat bermula jam 8 malam. Hadirin yang berkesempatan hadir awal adalah dialukan untuk turut bersama.

Di kesempatan ini juga, Sidang Redaksi ISMA Melaka mengucapkan Eid Mubarok 1430H. Kullu ‘am wa antum bi khair. Muga Allah menerima amalam kita sepanjang Ramadhan al-Mubarak.

Taqabbal Allahu Minna Wa Minkum,
Sidang Redaksi ISMA Melaka.

Selasa, 29 September 2009

Majlis Sambutan Aidilfitri



Salam aidilfitri dan maaf zahir dan batin kepada semua umat Islam.


Kemeriahan aidilfitri kali ini disambut dengan berbagai jamuan rumah terbuka di seluruh Malaysia. Justeru itu, Persatuan Belia Islam Nasional Daerah Hulu Langat (PEMBINA DHL) juga tidak ketinggalan dalam meraikan hari kemenangan Umat Islam dengan
menjemput semua muslimin & muslimah ke

Majlis Sambutan Aidilfitri
Tarikh: 3 Oktober 09,
Masa : 9am-12pm,
Tempat: Dewan Cempaka, Kompleks PKNS, Bandar Baru Bangi

apa lagi yang nak tunggu..jom meriahkan lagi majlis tersebut bersama PEMBINA.

sumber: pembina.com.my

Rabu, 9 September 2009

Mantapkan 10 Terakhir Ramadhan Dengan Beriktikaf


Bachang, Melaka: Umum sudah mengetahui tentang hebat dan besarnya malam al-Qadr. Malam yang menjanjikan 1000 tahun ibadah ini menuntut umat Islam untuk terus melipat gandakan usaha mereka terutamanya dalam 10 malam terakhir di dalam bulan Ramadhan demi memastikan misi merebut nikmat al-Qadr tidak berlalu begitu sahaja. Ia menuntut untuk kita meninggalkan seketika kesibukan seharian bekerja dan belajar dan duduk bersama merenung kebesaran Ilahi.

Iktikaf 1430 ISMA Melaka


Dari Aisyah RA, katanya “Bahawasanya Nabi SAW i’tikaf pada tiap-tiap sepuluh yang akhir bulan Ramadhan” – Muslim

Justeru, Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Melaka tampil mengajak ahli masyarakat untuk turut sama memburu malam al-Qadr. ISMA Melaka menganjurkan program iktikaf 3 hari 2 malam bermula dengan majlis berbuka bersama-sama di Masjid Balai Panjang, tanggal Jumaat, 11 September 2009 bersamaan 21 Ramadhan 1430 Hijrah dan dijangka tamat sesudah Subuh berjemaah, Ahad, 13 September.

Antara aktiviti yang bakal disajikan buat peserta ialah Qiyamullail, siri tazkirah, bedah buku, tadarus al-Quran juga aktiviti berkumpulan. ISMA melaka dengan rendah hati mengajak ahli-ahlinya, belia-belia dan qariah masyarakat untuk turut sama memburu malam Al-Qadr.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Saudara Lukman al-Hakim di talian 019-2639964.

Wassalam,

Disediakan oleh,
Sidang Redaksi ISMA Melaka

sumber:ismamelaka.wordpress.com

Sabtu, 5 September 2009

Mari Tambah Amalan Di Bulan Ramadhan Yang Mulia Ini..



Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Melaka Semarakkan Ramadhan Dengan Khidmat Masyarakat


Program ISMA Bersama Masyarakat

Bersempena rangka menjayakan promosi ke arah ISMA Melaka 2010, Biro Dakwah terus menggiatkan jentera Ramadhan untuk terus mengesani masyarakat setempat. Setelah kejayaan penganjuran Seminar Penghayatan Ramadhan 1430 baru-baru ini, ahli-ahli ISMA Melaka terus mengotakan slogan “bekerja dijalan Allah” dengan siri jelajah khidmat masyarakat di tiga daerah utama di Melaka.

Jelajah khidmat masyarakat yang antara agendanya memuatkan khidmat masyarakat seperti membersihkan tanah perkuburan, mengecat, memperbaiki dan mengemas rumah terpilih dianjurkan dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyakarat dan JAPERUN. Tidak dilupai, ISMA Melaka juga memilih beberapa penduduk kurang bernasib baik untuk menjadi penerima sumbangan agihan makanan bersempena jelajah di daerah tersebut. Berikut adalah tentatif yang dijadualkan bermula jam 9 pagi,

05 Sep: Alor Gajah
06 Sep: Jasin
13 Sep: Melaka Tengah

Kepada para pembaca budiman mahupun sesiapa yang berminat untuk menyumbang tenaga mengimarahkan bulan Ramadhan al-Mubarak ini, sila berhubung dengan:

Aizat -013-219 7270
Aizam –013-6285880
Amalia –013-2668701

Hebahan kepada rakan-rakana adalah sangat digalakkan. Moga Allah mengganjari usaha sidang pembaca.

“Mesra, Tanggungjawab dan Prihatin”

Yang berusaha,
Sidang Redaksi ISMA Melaka

sumber:ismamelaka.wordpress.com

Ahad, 23 Ogos 2009

'Checklist' Amalan di Bulan Ramadhan

'Checklist' Amalan di Bulan Ramadhan
www.iLuvislam.com
dihantar oleh: easya
editor: everjihad

4.00 pagi

1.Bangun berdoa kepada ALLAH dengan doa:
“Segala puji bagi ALLAH yang telah menghidupkan aku setelah DIA mematikan aku dan kepadanyalah aku akan dikembalikan.”

2.Berniatlah untuk melaksanakan sebanyak-banyak kebaikan hari itu.
3.Mandi dan membersihkan diri.
4.Mengambil whudu' dan memakai pakaian yang suci untuk beribadah, berwangi-wangian.


4.20 pagi

1.Solat sunat Taubat
Rakaat pertama selepas Al-Fatihah baca surah Al-Kafirun, Rakaat kedua selepas Al-Fatihah baca surah Al-Ikhlas. Selepas sembahyang, angkatlah tangan memohon ampun kepada ALLAH. Menangislah menyesali dosa-dosa.

2.Solat sunat Tahajjud.
Rakaat pertama selepas Al-Fatihah baca surah Al-Kafirun, Rakaat kedua selepas Al-Fatihah baca surah Al-Ikhlas. Selepas sembahyang, angkatlah tangan berdoa kepada ALLAH.

3.Solat sunat Hajat
Rakaat pertama baca ayatul Kursi 1 kali Selepas Al-Fatihah Rakaat kedua baca surah Al-Ikhlas 11 kali Ketika sujud terakhir baca 11 kali dan sertakan di dalam hati segala hajat-hajat kita.

4.Solat sunat Witir
Selepas salam, bangun lagi dan sembahyang witir 1 rakaat. Perbanyakkan berdoa kepada ALLAH dengan penuh rasa kehambaan, rendah diri, meminta-minta, merintih-rintih, agar ALLAH ampunkan dosa-dosa kita, terima taubat kita, terima amalan kita, memperkenankan doa dan permintaan kita.


5.00 pagi

1.Makan sahur
2.Mengosok gigi dan membersihkan sisa-sisa makanan di mulut.


5.30 pagi

1.Bersiap menunggu waktu Subuh dengan membaca Al-Quran atau berselawat. Sembahyang sunat Subuh, sembahyang Subuh berjemaah. Selesaikan wirid harian di tikar sembahyang atau baca Al-Quran hingga terbit matahari.

2.Elakkan tidur selepas Subuh, kerana waktu itu adalah waktu paling berkat untuk memulakan pekerjaan.


7.00 pagi

1.Membuat persiapan ke tempat kerja. Melangkah ke tempat kerja dengan membaca Bismillah dan dengan berniat dengan niat yang baik-baik.

2.Mulakan kerja dengan Bismillah dan doa kepada ALLAH agar semua aktiviti kita diberkatiNYA, Sentiasa berselawat kepada Rasulullah SAW samada menyebutnya atau di hati.

3.Banyakkan istighfar/meminta ampun. Melaksanakan kerja dengan bersemangat dan penuh bertanggung jawab. Datangkan rasa bahawa ALLAH sentiasa memerhati kerja-kerja yang dilakukannya dan yakinlah DIA akan membalas segala kebaikan yang kita buat.


10.00 pagi

1.Sembahyang sunat Dhuha, Ia adalah sumber rezeki yang berkat kalau istiqamah diamalkan.

2.Penuhi masa rehat tengahari dengan menambah ilmu atau membaca Al-Quran. Elakkan sungguh-sungguh dari melakukan dosa walaupun kecil dan perkara yang sia-sia.
Contoh dosa-dosa : Mengumpat mengutuk,menyindir yang menyakitkan orang,bergaul bebas tanpa menjaga syariat seperti berbual dengan yang bukan muhrim mengenai perkara yang tiada sangkut paut dengan kerja


12.45 tengah hari

1.Bersiap untuk solat Zohor.
2.Menunggu waktu sembahyang dengan berselawat. Solat Zohor berjemaah.
3.Laksanakan juga solat sunat Rawatib Bersujud syukurlah setelah selesai sembahyang sunat dan wirid sebagai berterima kasih kepada ALLAH yang memberi kita nikmat besar dapat menyembahNYA.


4.15 petang

1.Bersedia untuk solat Asar.
2.Solat Asar berjemaah. Laksanakan juga solat sunat Qabliyah.
3.Bersujud syukurlah setelah selesai sembahyang sunat dan wirid sebagai berterima kasih kepada ALLAH yang memberi kita nikmat besar dapat menyembahNYA


5.30 petang

1.Membeli barang-barang keperluan berbuka dan sahur tanpa berlebih-lebih. Ingatlah walaupun Syaitan dirantai tetapi nafsu masih ada dalam diri kita!


6.30 petang

1.Memperbanyakkan doa sebelum berbuka kerana di waktu itu adalah masa yang mustajab doa. Ingatlah sabda Rasulullah SAW : "Ramai orang yang berpuasa, yang mereka dapat hanya lapar dan dahaga", merintihlah kepada ALLAH memohon agar amalan kita diterima.

2.Apabila masuk waktu Maghrib, bacalah doa berbuka :
“Wahai Tuhan, kerana Engkaulah aku berpuasa, kepada Engkaulah aku beriman dan dengan rezki engkaulah aku berbuka.”

3.Berbuka puasa dengan makanan yang manis seperti buah kurma dan jangan makan terlalu banyak.

4.Seeloknya setelah memakan kurma dan meminum air, terus menunaikan solat maghrib berjemaah, setelah itu barulah makan makanan yang berat.


8.00 malam

1.Solat Isya' berjemaah dan diteruskan dengan solat Taraweh
2.Cuba pertahankan solat taraweh walau bagaimana keadaan sekalipun kerana fadhilatnya amat besar. Bacalah Al-Quran dengan penuh tawadhuk, seeloknya baca dengan bertadarus (berkumpulan bergilir-gilir, seorang baca, yang lain menyemaknya), cuba khatamkan membaca Al-Quran paling kurang satu kali sepanjang ramadhan. Kebanyakan imam-imam besar mengkhatamnya dua kali dalam sehari (60 kali sebulan Ramadhan)


11.00 malam

1.Memperbanyakkan istighfar sebelum tidur.
2.Berniatlah untuk puasa esok hari.
3.Tidur awal agar dapat bangun awal untuk beribadah.
4.Bacalah doa tidur :

"Dengan namaMU Ya ALLAH! Aku hidup dan mati. Ingatlah tidur adalah mati yang sementara, kemungkinan kita dipanggil ALLAH ketika tidur."

Selasa, 28 Julai 2009

Jadikan mereka sebagai teladan..

Wakil PEMBINA Peserta Terbaik Kembara Dakwah JAKIM PDF Cetak emel


Mewakili PEMBINA, saudara Mohd Hamdan Mohd Sharif, 23, telah dipilh Program Kembara Dakwah Kepemimpinan Belia Malaysia 2009 anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Beliau berkata, inginkan keputusan cepat, kadangkala terlalu ekstrem dan hendakkan nama menyebabkan gerakan dakwah tidak dapat berkembang dengan berkesan. Suka menuding jari tanpa melakukan apa-apa juga satu ancaman kepada gerakan dakwah. Justeru, beliau mengajak pelbagai persatuan menggembleng tenaga melakukan dakwah ikut kemampuan

"Semua pihak sama ada individu, persatuan atau organisasi saling melengkapi. Apa juga aliran dakwah, kita boleh menyumbang mengikut kemampuan supaya gerakan ini dilaksanakan dengan berkesan. Islam dan ajarannya tidak boleh dikembangkan kerana sifat nafsi dan suka menunjuk 'akulah yang terbaik' selain tidak mahu memahami orang lain," katanya.

Ahli Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) itu juga menambah, Kembara Dakwah selama tujuh hari bermula 3 Julai lalu memberi banyak maklumat kepada peserta untuk melihat kaedah dakwah dijalankan Jakim.

Pada masa sama, peserta mengalami serta menghayati pengalaman berdakwah yang dilaksanakan Rasulullah SAW iaitu berjumpa orang di luar sana untuk mengajak kepada kebenaran serta kebaikan.

Tahniah diucapkan kepada saudara Hamdan. Semoga PEMBINA akan terus menggembleng tenaga untuk memacu gerakan dakwah belia Islam di Malaysia, InsyaAllah.


Dipetik dan diolah dari: http://www.bharian.com.my

sumber petikan yang disalin:pembina.com.my

Isnin, 27 Julai 2009

KEPADA YANG BAKAL STUDY DI OVERSEA..

Assalamu'alaikum w.b.t

Satu program TAUTAN akan diadakan buat pelajar-pelajar yang bakal melanjutkan pengajian di luar negara

Tarikh: 7-9 Ogos 2009
maklumat lanjut layari www.jalinanukhuwah.info



Jumaat, 24 Julai 2009

Jom ke Explorace Di Bandar Bersejarah

Assalamu'alaikum
Pada tanggal 1 Ogos 2009 ini pihak Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) Cawangan Melaka akan mengadakan satu program explorace di sekitar Bandaraya Melaka Bersejarah.

Program ini dapat merapatkan ukhwah sesama umat Islam terutamanya belia di samping mendapat pengisian roh dan pembinaan jasadiah seperti mental dan fizikal yang bagus.

Kepada para belia Islam sekalian terutama yang tinggal di Melaka jangan lepaskan peluang yang bermanfaat ini!!

Sila dapatkan borang anda bagi menyertai program ini.

Tarikh tutup penyertaan: 10 Pagi Isnin depan.(27 Julai 2009 bersamaan 5 Syaaban 1430 H)

Untuk maklumat lanjut layari pembina.com.my dan klik pada pautan pembina melaka pada pautan blog kawasan.



Hubungi:
Riduan 013-9866987
Nabihah 019-3801920

Khamis, 16 Julai 2009

Kawan-kawan..Jom gi Ipoh..

Salam,buat para belia khususnya dan juga penduduk sekitar Ipoh.Marilah bersama-sama kita menghadiri satu program qiamulail bersama-sama penduduk Ipoh pada 18 Julai -19 Julai ini di Masjid Muhibbudin Shah (berhampiran hospital).
Program bermula jam 8.30 pm 18 Julai.
Anjuran Persatuan Belia Islam Nasional Perak (PEMBINA Perak) dan Kelab Remaja Ikatan Muslimin Malaysia.
Sebarkanlah pada keluarga,jiran tetangga,kawan2 dan lain2.

Ayuhlah wahai saudara2 Islamku sekalian dalam menjayakan program yang bermanfaat ini.

Rabu, 8 Julai 2009

Konsert Antara Dunia (KAD) 2009



Rakyat Malaysia kini berpeluang menikmati persembahan mega nasyid yang memukau apabila empat buah gabungan kumpulan nasyid gergasi tempatan dan antarabangsa bertembung dalam sebuah konsert yang paling menggegarkan tahun; Konsert Antara Dunia `09 (KAD `09). Dengan menampilkan ‘otai-otai' nasyid seperti Rabbani (Malaysia), Hijjaz (Malaysia), Raihan (Malaysia) dan Shoutul Harokah (Indonesia), konsert mega tersebut bakal berlangsung pada 1 Ogos 2009 iaitu pada hari Sabtu, dari pukul 8.30 malam hingga 11 malam, bertempat di Stadium Melawati Shah Alam.Konsert yang dianjurkan oleh Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) dan Rabbani Productions (M) Sdn. Bhd. dengan kerjasama iLuvislam.com sebagai 'media partner' diadakan bersempena memeriahkan Kuala Lumpur sebagai Kota Kebudayaan Islam (KLCIC) di samping meraikan bulan kemerdekaan dan bulan Ramadan yang akan disambut pada hujung bulan Ogos.




Bertemakan konsep `Menyemarak Kebangkitan, Meneraju Ummah', konsert ini merupakan konsert besar-besaran yang julung-julung kali diadakan melibatkan golongan mahasiswa (GAMIS) dan artis nasyid tanah air (Rabbani).KAD `09 bertemakan kehidupan manusia yang melalui lima dunia (alam) iaitu roh, kelahiran, kehidupan, barzakh dan akhirat. Kelima-lima dunia tersebut diadun dalam satu persembahan yang cukup menarik menerusi lagu-lagu nasyid, tayangan multimedia, pentomen dan lain-lain lagi. Sudah pasti ia akan menghadirkan rasa bertuhan serta menyedarkan diri betapa dunia ini terlalu panjang untuk ditempuh dan kini kita berada di tengah-tengah persinggahan perjalanan antara dunia dan kita bakal meneruskan perjalanan tersebut pada bila-bila masa sahaja.




Tiket




RM 5 : kanak-kanak berusia 6 hingga 12 tahun


RM 10 : golongan remaja dan dewasa


RM50 : VIP.


Pakej istimewa!!


RM 100 : 2 tiket VIP dan 4 tiket kanak-kanak.




Tiket boleh didapati daripada sesi-sesi `roadshow' KAD `09, wakil-wakil GAMIS di setiap institusi pengajian tinggi (IPT) dan di setiap zon, belian tiket `online' dari iLuvislam.com, serta pejabat Rabbani Productions (M) Sdn. Bhd. Anda juga boleh mendapatkan tiket di kaunter terbuka berdekatan pintu masuk Stadium Melawati Shah Alam pada 31 Julai dan pada hari konsert iaitu 1 Ogos bermula jam 10 pagi hingga 7 malam.



Pembelian Tiket Secara Online di iLuvislam.comBergantung kepada jenis tiket yang ingin anda beli, bayaran boleh dibuat samada melalui :


1. maybank2u.com.myi. Log in di www.maybank2u.com.myii. Klik pada option "acounts & banking'iii. Klik "transfer" iv. Pilih option "new 3rd party account transfer" & masukkan segala butiran (No. Akaun : 564128343961 – Nama : Abdul Muhaimin Mohd Nasir). Pastikan recipient email adalah : aminalhafeez[at]gmail.com (sila gantikan [at] dengan simbol @).v. Pastikan anda mengetahui cara untuk mendapatkan TAC number.vi. Isikan segala ruangan yang perlu di isi.




2. Mesin ATM:i. Selepas memasukkan kad dan nombor pin anda, sila pilih bahasa yang anda suka.ii. Tekan pada option “Lain-lain urusniaga”iii. Tekan option “Pindahan/Transfer”iv. Tekan option “Pindahan Pihak Ketiga/3rd Party Transfer”v. Masukkan nombor akaun : 564128343961 – Abdul Muhaimin Mohd Nasirvi. Jangan lupa simpan slip transaksi anda!3. Mesin Cash Deposit:i. Selepas tekan butang masung/enter, sila masukkan nombor akaun:564128343961 – Abdul Muhaimin Mohd Nasir
ii. Masukkan wang andaiii. Jangan lupa simpan slip transaksi anda!4. Deposit secara Manual di kaunter Maybanki. Depositkan secara manual di kaunter mana-man cawangan Maybank ke dalam akaun:564128343961 – Abdul Muhaimin Mohd Nasirii. Jangan lupa simpan borang pengesahan pembayaranHANYA setelah pembayaran dibuat, anda perlu mengisi borang pengesahan di bawah bagi membolehkan pihak urusetia KAD '09 untuk menghantar kod tiket anda.



Dapatkan tiket segera! Jumlah tiket TERHAD! 'First come first serve'








Selasa, 7 Julai 2009

Belia ABC

Assalamu'alaikum.

Belia adalah tonggak negara!!!
Laungan yang senantiasa didengar hingga ke peringkat nasional mahupun dunia..benarkah remaja itu tonggak buat negara? tetapi belia yang bagaimana?
persoalan seperti itu sering diajukan di ruangan media akhbar,web dan lain-lain.
Dinihari pelbagai program yang direncanakan untuk belia bagi memastikan projek pembangunan insan seperti yang tertera pada slogan di atas tercapai.semakin meningkat usia dunia dan semakin hampirnya meniti perjalanan hidup ke akhirat yang kekal abadi,semakin besar cabaran dan ujian yng ditempuhi insan yang bergelar belia dalam mencari dan kekal dalam landasan kebenaran yang haq(yang sebenar).perjuangan pembentukan hidup ke arah kesejahteraan,kebahagiaan dan keharmonian.

Pada hujung minggu lepas dalam percutian bersama famili tercinta di Melaka Bandar Bersejarah,perjalanan untuk masuk ke Melaka agak sesak dan sibuk.Mungkin kebanyakannya adalah pelancong dan ada juga yang dalam perjalanan untuk persediaan pendaftaran ke institusi pengajian (IPT).aku menginap di sebuah hotel yang terletak berhampiran dengan sebuah masjid yang cukup indah iaitu Masjid Al-A'zim.berhampiran juga dengan kawasan bandar Melaka dan Melaka Sentral.Malam tersebut aku keluar ke bandar untuk meninjau (survey) suasana malam di Melaka.SUBHANALLAH..indahnya alam ciptaanNya.tiba-tiba hatiku menjadi geram dan semak apabila melihat disko-disko semasa dalam perjalanan menuju ke Masjid Selat.Na'uzubillahiminzalik,ku sempat melihat kebanyakan yang menuju ke arah disko tersebut adalah golongan belia malah yang lebih menyayatkan hati adalah adanya belia MELAYU yang aku yakini bahwa mereka adalah Umat ISLAM.Selepas itu aku meninjau hampir ke setiap lorong yang ada di kawasan Melaka Tengah untuk melihat keadaan malam di kawasan tumpuan di Melaka.Lebih kurang 20 pusat hiburan hanya di kawasan tersebut sahaja.Persoalan mula timbul di benak hati dan fikiranku.Bagaimana hebatnya golongan-golongan pengaruh kerosakan ini (bos pusat hiburan dll) dapat mewujudkan premis-premis MAKSIAT ini seperti cendawan tumbuh selepas hujan.
Di mana penguatkuasaan daripada pihak berkuasa (pihak pemerintah negeri)??? adakah pihak yang menjalankan amanah pemantauan dan penguatkuasaan hanya menjalan kan amanah seperti kes-kes di mahkamah,pejabat dan lain-lain yang tertentu sahaja?



belia dan disko


Perkara yang sama turut berlaku di kawasan negeri-negeri lain seperti di taman polo di ipoh dan lain-lain (maaf la ye tak larat teman nak tulis panjang tempat-tempat 'panas' ni).
dalam perjalanan pulangku,aku dikejutkan dengan deruman enjin mat motor yang membuat jalan itu seperti hanya HAK PERSENDIRIAN..sehingga aku hanya memerhati gelagat mereka dari tempat duduk pemandu kerana di hadapanku hampir belasan mat motor tadi menunggang motor seperti motor itu saiznya seolah sebuah treler lori.



mat motor di jalanan



Hati ini menjadi sejuk kembali sewaktu ku melangkah masuk ke dalam Masjid Al-A'zim.mata ku tertumpu kepada satu ruang di mana di situ tergantungnya banner Konvensyen Berakhirnya Agenda Zionis anjuran Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA).Rupa-rupanya masih banyak belia di negara ini yang menjadi permata buat agama, bangsa dan negara.apa yang diri ini tertarik adalah terdapat banyak persatuan-persatuan yang melakukan pembentukan belia ke arah generasi Islam yang hidupnya mengamalkan Islam dengan syumul (menyeluruh).cuma jawapannya ada dalam diri masing-masing untuk melibatkan diri dengan program-program positif sedemikan.Kelapangan masa belia cukup banyak,maka gunakanlah sebaiknya dengan menyertai kumpulan dan persatuan yang membentuk akhlak dan sahsiah diri yang berpandukan syariat Islam seperti PEMBINA tadi.yakinlah wahai belia bahawa dalam setiap diri belia itu ada kebaikan yang perlu digilap dan digunakan.Kawal diri mu dengan iman dan akal yang waras. Generasi harapan seperti ini adalah impian bagi agama,bangsa dan negara



Dalam memilih kumpulan dan persatuan, diri ini mencadang agar teliti dalam apa kaedah pembawakan kumpulan dan persatuan tersebut kerana bukan diri ini hendak melarang atau menjatuhkan semangat sesiapa tetapi sekadar berkongsikan pengalamanan dan ilmu yang sedikit ini kerana ada juga persatuan yang membuat program positif tetapi kaedah perlaksanaannya melibatkan pergaulan bebas lelaki dan perempuan dan tidak menekan aspek-aspek Islam yang sebenar yang mana membuatkan pengamalan yang terkandung dalam Islam hanya waktu dan tempat tertentu seperti solat di masjid semata-mata,tetapi di luar bebas melakukan apa sahaja seperti dunia ini kita lah raja seolah melupakan Allah adalah pencipta sekalian alam.ISLAM TIDAK SEKALI-KALI BEGITU!!.Islam adalah sempurna,menyeluruh,indah dan mudah.Ya memang Islam itu mudah tetapi bukan memudahkan Islam!! dengan menganggap pergaulan bebas itu tidak mengapa,maka apakah sanggup kita menyalurkan diri ke dalam saham dosa ke arah zina??ya memang tidak berzina tetapi lakukanlah kajian terhadap isu semasa yang berlaku kepada belia yang berzina hari ini,apakah puncanya dan kesannya?.

Wahai Belia sekalian,sedarilah masih ada sinar buatmu.

ALLAH ITU MAHA PENGAMPUN,MAHA PENYAYANG dan diri ini juga mengingatkan diri dan yang lain bahawa ALLAH juga amat DASYAT SIKSAANNYA.Oleh sebab terdapat banyak pertubuhan belia di negara ini,diri ini menyaran dan menggalakkan untuk menyertai kumpulan dan persatuan yang mempunyai dasar Islam dalam setiap perkara yang dibuat kerana apabila kita menyertai kumpulan atau persatuan tersebut kita akan senantiasa hidup dalam mengawal diri untuk pembentukan diri yang berkualiti bukan hanya untuk di dunia bahkan di akhirat.

Marilah kita sama-sama membentuk diri ini ke arah generasi Belia yang Beriman,berkualiti dan Berwawasan..

Ahad, 24 Mei 2009

Salam ketenangan..

Seringkali kita mendengar insan yang bergelar manusia mengimpikan ketenangan dan kebahagiaan dalam hidup,termasuklah diri ini. Jiwa yang tenang lahirnya daripada hati yang tenang tetapi bagaimana untuk mendapatkannya?..
Seorang anak muda bertanya kepada seorang ayah.."Ayah..esok dah nak bermula peperiksaan untuk akhir semester ini,ayah doakan saya ya.."..lalu ayahnya pun berkata kembali kepadanya,"wahai anakku,ayah akan senantiasa mendoakan kau wahai anakku.moga kau dapat menjawab soalan-soalan tersebut dengan tenang"..
Ya dalam situasi begitu pun manusia menyatakan perkara mengenai ketenangan..persoalannya adakah ketenangan itu hanya semata-mata diimpikan sewaktu menjawab soalan peperiksaan dan situasi yang tertentu sahaja?sudah semestinya tidak...ketenangan yang diimpikan adalah kepada seluruh kehidupan...tanya sahaja kepada sesiapa,selagi ia adalah manusia yang waras sudah tentu ia mahukan ketenangan yang sedemikian kepada kehidupannya..

TETAPI..

Kebanyakkan manusia hanya mengimpikan ketenangan tanpa ada satu titik penilaian dalam mengenalpasti ketenangan yang sebenar..apabila persoalan ini dilontarkan kepada remaja yang terdiri daripada golongan meminati gaya hidup terkini yang khas di'import' dan 'dipinjam' daripada negara Barat yang kononnya 'hebat dan terkini'(itu pun kalau betul???),maka golongan ini akan menyatakan keluar bermain permainan video (counter strike,fifa,red alerts dll yang melekakan),menonton wayang(cerita cintan cintun,filem barat yang penuh 'sopan' dengan karekter seksi dan seksa berlakon),melayan lagu-lagu pop,rock,blues,hip-hop (hop-hap kot),merempit,berdating dengan pasangan kekasih (yang macam orang dah kawin),hisap rokok dan dadah (mungkin nak bagi putih paru-paru dan 'memperbaiki kesihatan') dan lain-lain adalah cara untuk memberi ketenangan..hebat juga semangat mereka untuk mencari ketenangan tetapi lebih bagus jika mengurangkan dan mencegah budaya mencari ketenangan seperti itu dengan cara seperti beriadah (bersenam) bersama keluarga atau rakan-rakan.sekurang-kurangnya duit tidak habis ke tokei kedai permainan video,kat pemilik syarikat rokok.. ataupun mungkin kerana mereka terlampau 'baik hati',golongan ini ingin 'membantu' syarikat rokok mengaut untung lebih dengan syarikat tersebut pula membantu mereka merosakkan diri..untung ke?perokok dapat penyakit,penjual dapat duit?..jawapannya kita sendiri yang menilai.ish rugikan bagi duit kat penjual rokok tu,baik buat belanja makan lagi bes..

BAGAIMANA CARA YANG BAGUS DAN SENANG NAK DAPAT KETENANGAN?

Menarik dan bersemangat persoalan tersebut..teringat saya sewaktu baru menjejak kaki anugerah Tuhan Yang Maha Esa ini ke salah sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam beberapa tahun yang lepas..pada ketika jiwa pemuda yang sebelumnya agak tenang ini menerima beberapa ujian dan cabaran..pada saat itulah bermulanya diri ini mencari ketenangan dengan cara MENGENAL TUHAN DENGAN LEBIH DEKAT...sewaku itu saya belajar dengan memperbanyakkan MUHASABAH DIRI dan BERISTIGHFAR..dan selalulah MEMBACA AL-QURAN,apa yang paling penting jagalah yang wajib dan jauhilah perkara yang dimungkariNya itulah antara FORMULA TERBAIK mencari ketenangan dalam menghadapi masalah dan ujian daripada Yang Esa..itulah yang dikatakan Allah itu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang kerana Allah mentarbiyah (mendidik) diri ini dengan memberi sedikit ujian agar hambaNya seperti diriku ini lebih mendekatkan diri kepadaNya.teringat pula pada sepotong ayat suci dalam Al-Quran yang bermaksud:

Wahai jiwa yang tenang!.
Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang redha lagi diredhaiNya.
Maka masuklah ke dalam golongan hamba-hamba Ku,
dan masuklah ke dalam syurga Ku.
(Al-Fajr : 27-30)

Maha Suci Allah,betapa untungnya orang-orang yang mencari ketenangan pada jalan Allah kerana di situ dijanjikan syurga yang indah nan hakiki..mudah-mudahan kita tergolong dalam golongan yang mendapat keredhaan Allah..Ayuh marilah sama-sama bangun dan carilah KETENANGAN ITU..