Ahad, 24 Mei 2009

Salam ketenangan..

Seringkali kita mendengar insan yang bergelar manusia mengimpikan ketenangan dan kebahagiaan dalam hidup,termasuklah diri ini. Jiwa yang tenang lahirnya daripada hati yang tenang tetapi bagaimana untuk mendapatkannya?..
Seorang anak muda bertanya kepada seorang ayah.."Ayah..esok dah nak bermula peperiksaan untuk akhir semester ini,ayah doakan saya ya.."..lalu ayahnya pun berkata kembali kepadanya,"wahai anakku,ayah akan senantiasa mendoakan kau wahai anakku.moga kau dapat menjawab soalan-soalan tersebut dengan tenang"..
Ya dalam situasi begitu pun manusia menyatakan perkara mengenai ketenangan..persoalannya adakah ketenangan itu hanya semata-mata diimpikan sewaktu menjawab soalan peperiksaan dan situasi yang tertentu sahaja?sudah semestinya tidak...ketenangan yang diimpikan adalah kepada seluruh kehidupan...tanya sahaja kepada sesiapa,selagi ia adalah manusia yang waras sudah tentu ia mahukan ketenangan yang sedemikian kepada kehidupannya..

TETAPI..

Kebanyakkan manusia hanya mengimpikan ketenangan tanpa ada satu titik penilaian dalam mengenalpasti ketenangan yang sebenar..apabila persoalan ini dilontarkan kepada remaja yang terdiri daripada golongan meminati gaya hidup terkini yang khas di'import' dan 'dipinjam' daripada negara Barat yang kononnya 'hebat dan terkini'(itu pun kalau betul???),maka golongan ini akan menyatakan keluar bermain permainan video (counter strike,fifa,red alerts dll yang melekakan),menonton wayang(cerita cintan cintun,filem barat yang penuh 'sopan' dengan karekter seksi dan seksa berlakon),melayan lagu-lagu pop,rock,blues,hip-hop (hop-hap kot),merempit,berdating dengan pasangan kekasih (yang macam orang dah kawin),hisap rokok dan dadah (mungkin nak bagi putih paru-paru dan 'memperbaiki kesihatan') dan lain-lain adalah cara untuk memberi ketenangan..hebat juga semangat mereka untuk mencari ketenangan tetapi lebih bagus jika mengurangkan dan mencegah budaya mencari ketenangan seperti itu dengan cara seperti beriadah (bersenam) bersama keluarga atau rakan-rakan.sekurang-kurangnya duit tidak habis ke tokei kedai permainan video,kat pemilik syarikat rokok.. ataupun mungkin kerana mereka terlampau 'baik hati',golongan ini ingin 'membantu' syarikat rokok mengaut untung lebih dengan syarikat tersebut pula membantu mereka merosakkan diri..untung ke?perokok dapat penyakit,penjual dapat duit?..jawapannya kita sendiri yang menilai.ish rugikan bagi duit kat penjual rokok tu,baik buat belanja makan lagi bes..

BAGAIMANA CARA YANG BAGUS DAN SENANG NAK DAPAT KETENANGAN?

Menarik dan bersemangat persoalan tersebut..teringat saya sewaktu baru menjejak kaki anugerah Tuhan Yang Maha Esa ini ke salah sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam beberapa tahun yang lepas..pada ketika jiwa pemuda yang sebelumnya agak tenang ini menerima beberapa ujian dan cabaran..pada saat itulah bermulanya diri ini mencari ketenangan dengan cara MENGENAL TUHAN DENGAN LEBIH DEKAT...sewaku itu saya belajar dengan memperbanyakkan MUHASABAH DIRI dan BERISTIGHFAR..dan selalulah MEMBACA AL-QURAN,apa yang paling penting jagalah yang wajib dan jauhilah perkara yang dimungkariNya itulah antara FORMULA TERBAIK mencari ketenangan dalam menghadapi masalah dan ujian daripada Yang Esa..itulah yang dikatakan Allah itu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang kerana Allah mentarbiyah (mendidik) diri ini dengan memberi sedikit ujian agar hambaNya seperti diriku ini lebih mendekatkan diri kepadaNya.teringat pula pada sepotong ayat suci dalam Al-Quran yang bermaksud:

Wahai jiwa yang tenang!.
Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang redha lagi diredhaiNya.
Maka masuklah ke dalam golongan hamba-hamba Ku,
dan masuklah ke dalam syurga Ku.
(Al-Fajr : 27-30)

Maha Suci Allah,betapa untungnya orang-orang yang mencari ketenangan pada jalan Allah kerana di situ dijanjikan syurga yang indah nan hakiki..mudah-mudahan kita tergolong dalam golongan yang mendapat keredhaan Allah..Ayuh marilah sama-sama bangun dan carilah KETENANGAN ITU..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan