Rabu, 9 September 2009

Mantapkan 10 Terakhir Ramadhan Dengan Beriktikaf


Bachang, Melaka: Umum sudah mengetahui tentang hebat dan besarnya malam al-Qadr. Malam yang menjanjikan 1000 tahun ibadah ini menuntut umat Islam untuk terus melipat gandakan usaha mereka terutamanya dalam 10 malam terakhir di dalam bulan Ramadhan demi memastikan misi merebut nikmat al-Qadr tidak berlalu begitu sahaja. Ia menuntut untuk kita meninggalkan seketika kesibukan seharian bekerja dan belajar dan duduk bersama merenung kebesaran Ilahi.

Iktikaf 1430 ISMA Melaka


Dari Aisyah RA, katanya “Bahawasanya Nabi SAW i’tikaf pada tiap-tiap sepuluh yang akhir bulan Ramadhan” – Muslim

Justeru, Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Melaka tampil mengajak ahli masyarakat untuk turut sama memburu malam al-Qadr. ISMA Melaka menganjurkan program iktikaf 3 hari 2 malam bermula dengan majlis berbuka bersama-sama di Masjid Balai Panjang, tanggal Jumaat, 11 September 2009 bersamaan 21 Ramadhan 1430 Hijrah dan dijangka tamat sesudah Subuh berjemaah, Ahad, 13 September.

Antara aktiviti yang bakal disajikan buat peserta ialah Qiyamullail, siri tazkirah, bedah buku, tadarus al-Quran juga aktiviti berkumpulan. ISMA melaka dengan rendah hati mengajak ahli-ahlinya, belia-belia dan qariah masyarakat untuk turut sama memburu malam Al-Qadr.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Saudara Lukman al-Hakim di talian 019-2639964.

Wassalam,

Disediakan oleh,
Sidang Redaksi ISMA Melaka

sumber:ismamelaka.wordpress.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan