MELAKA 11 Okt. - Golongan belia diingatkan supaya jangan hanya memenuhi masa muda dengan bersukaria sebaliknya mereka perlu tahu menghargai diri sendiri sebagai aset penting terhadap masa depan negara.
Timbalan Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Datuk Idris Haron berkata, golongan tersebut perlu mempunyai motivasi dan memberi tumpuan pada kemahiran hidup bagi menjamin masa depan mereka lebih terjamin.
Menurutnya, penglibatan belia dengan pelbagai gejala sosial seperti penagihan najis dadah dan merempit motosikal di jalan raya wajar dihindarkan kerana mereka adalah aset penting kepada negara.
''Gejala sosial yang berlaku amat mendukacitakan dan MBM akan menjalankan pelbagai aktiviti berterusan bagi membimbing mereka menjadi golongan yang lebih bermakna kepada negara," katanya pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri yang diadakan di kediamannya di Klebang semalam.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Tangga Batu berkata, semua pihak iaitu persatuan belia daerah dan masyarakat termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) perlu memainkan peranan untuk memberi nasihat berguna kepada golongan tersebut bagi mencari kemajuan hidup yang lebih sempurna.
Ujarnya, golongan belia juga perlu bekerjasama dengan pelbagai pihak dalam usaha memastikan mereka tidak lagi terbabit dengan pelbagai gejala sosial.
Dipetik daripada:
http://pembina.com.my
http://www.belia.org.my/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan