Alam remaja tak lekang cabaran. Daya inkuiri yang tinggi untuk mencuba sesuatu yang baru amat ketara. Perasaan dan keinginan bergelora hebat. Ia suatu tempoh transisi menuju dewasa. Rakan sebaya biasanya sangat berpengaruh dalam kehidupan seseorang remaja dalam tempoh ini.
Seringkali setiap remaja keliru untuk berhadapan dengan segala sesuatu. Sukar untuk menentukan bagaimanakah sepatutnya perasaan, konsep dan penilaian sebenar terhadap masalah-masalah, terhadap peristiwa-peristiwa dan juga terhadap individu manusia pada keseluruhannya. Firman Allah S.W.T. :
Terjemahannya:
" Janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah kamu bersedih hati, padahal kamu orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman. "
(Surah Ali 'Imran: ayat 139.)
Rasa mulia dan tinggi dengan iman, suatu perasaan yang sungguh memotivasikan hidup. Perasaan ini akan menjadikan hidup lebih terarah dalam menghadapi setiap realiti, kemungkinan dan nilaian manusia. Muslim beriman akan memegang Iman dan nilainya mengatasi segala bentuk nilai yang datang dari sumber yang lain. Sungguh hebat perasaan ini mempengaruhi hidup seseorang yang yakin dengannya.
Begitulah remaja beriman takkan mudah goyah dengan nilaian kawan-kawan. Tetap teguh pendirian apabila kawan-kawannya mengejek lekeh jika tidak merokok. Atau memandang tak laku jika belum berpunya. Dia tak mudah melatah apabila dianggap ’skema’. Imannya menjadi perisai apabila diajak berfoya-foya. Hebat sekali kuasa iman.
Rasa mulia dengan iman ini suatu perasaan yang perlu ditanam dan disuburkan hinggalah ianya tidak menjadi suatu perasaan yang hangat-hangat tahi ayam sahaja. Perasaan agung itu mestilah berdasarkan kebenaran Allah yang Maha Hidup dan tidak mengenal mati. Kebenaran yang tetap hidup walaupun dicabar oleh kekuatan, oleh konsep dan realiti yang sering berlegar dalam kehidupan seharian remaja. Contohnya, remaja beriman akan tegas berkata,
”Saya takkan menjadi robot yang hanya terpacak di hadapan tv, diikat hidung oleh media yang sering menghidangkan hiburan.”
Kebanyakan remaja hari ini terdedah dengan arus globalisasi hingga mempunyai cara berfikir sendiri yang sangat berpengaruh sesama mereka. Persekitaran dan didikan juga menyebabkan mereka mempunyai nilai-nilai yang sukar untuk ditentang; nilai yang menekan rakan sebayanya untuk turut terikat dengannya.
”Tak keluar dating? Apa kuno sangat kamu ni? Ni bukan zaman nenek moyang dulu.”
Inilah hanyalah salah satu contoh pemikiran remaja kita. Cara berfikir, dan nilai itu menekan remaja lain yang tidak mempunyai persediaan yang kukuh. Begitu juga setiap konsep yang membelenggu cara berfikir remaja hari ini memang mempunyai ikatan yang kukuh dan kuat, yang sukar dikikis jika tidak dihadapi dengan suatu konsep yang kebal yang diceduk dari Allah S.W.T.
Setiap remaja yang menentang arus, yang menentang cara berfikir remaja lain, menentang nilai hidup mereka dan sebagainya, tentu akan merasa tersisih dan bersedih hati, jika tidak berpegang kepada dahan yang lebih kukuh dari manusia itu sendiri. Allah S.W.T. pasti tidak membiarkan orang-orang yang beriman keseorangan menghadapi tekanan, kesepian menanggung beban yang berat itu. Oleh kerana itu, sungguh indah (Surah Ali 'Imran: ayat 139) memujuk setiap orang beriman. Sesungguhnya orang yang beriman itulah orang yang paling tinggi darjat tempat pergantungannya. Kenapa nilai remaja lain perlu lebih berpengaruh dalam hidup kita berbanding nilaian Allah yang menciptakan kita semua? Fikir-fikirkanlah.
Contohilah keberanian Rabi’ bin Amir dalam menyatakan imannya di hadapan Rustam menjelang perang Qodisiyyah.
"Allah telah mengutuskan kami untuk mengeluarkan sesiapa sahaja yang dikehendaki-Nya daripada pengabdian terhadap hamba kepada pengabdian kepada Allah s.w.t., dari kesempitan dunia kepada keselesaan hidup dunia dan akhirat, juga dari kezaliman agama-agama lain kepada keadilan Islam. "
Wahai remaja beriman, kita belum lagi diuji berhadapan kuasa kafir sebagaimana Rabi’ bin Amir berhadapan Rustam, kita baru diuji berhadapan dengan suara-suara rakan sebaya. Kenapa perlu gentar menyatakan iman kita terhadap mereka bagi menolak segala ajakan dan dakwaan yang tidak sihat? Jangan mudah mengalah. Rasa mulia dan tinggilah dengan iman.
Ditulis oleh: Novelis, Fatimah Syarha Mohd Noordin.
Jumaat, 30 April 2010
Isnin, 5 April 2010
Saya juga ingin menjadi Belia Super...
GERAI KONVO PEMBINA DI POLITEKNIK MERLIMAU MELAKA
Alhamdulillah, Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) cawangan Negeri Melaka buat julung-julung kalinya mengadakan gerai pameran dan jualan bersama-sama Aman Palestin di Politeknik Merlimau Melaka. Pameran selama 3 hari tersebut adalah bersempena dengan Majlis Konvokesyen Politeknik Merlimau Melaka kali ke-6. Sebanyak 10 orang belia dan 5 orang beliawanis terlibat dalam menjayakan pameran dan jualan di gerai PEMBINA dan Aman Palestin tersebut. Ucapan terima kasih dan setinggi- tinggi penghargaankepada pihak Politeknik Merliamu Melaka kerana sudi menjemput PEMBINA untuk untuk membuka gerai pemeran dan jualan bersama Aman Palestin secara tanpa mengenakan sebarang bayaran. Moga ketulusan hati pihak Politeknik Merlimau mendapat balasan yang besar manfaatnya daripada Allah.
Pada hari pertama gerai dibuka, gerai PEMBINA dan Aman Palestin mendapat sambutan daripada warga Politeknik Merlimau Melaka khususnya golongan belia. Majoriti daripada pengunjung mula mengenali PEMBINA melalui pameran yang diadakan dengan melihat buku-buku pengenalan program serta gambar-gambar aktiviti yang dipamerkan. Tidak kurang juga sambutan terhadap menjadi sukarelawan atau sahabat PEMBINA amat memberangsangkan sehingga borang yang disediakan pada mulanya habis diisi oleh pengunjung. Bak kata pepatah tidak kenal, maka tidak cinta. Apabila kenal PEMBINA, hati jatuh bertaut pada PEMBINA.
Belia dan beliawanis PEMBINA Politeknik Merlimau juga tidak melepaskan peluang untuk turut serta dalam aktiviti kebajikan serta kemasyarakatan dengan membantu pihak Aman Palestin mengedar bulletin dan melancarkan kutipan sumbangan bantuan ke Palestin di sekitar kawasan Politeknik Merlimau terutama sewaktu berlangsungnya Forum Perdana Hal Ehwal Islam yang turut mengundang Prof. Dr. Redzuan Tee Abdullah sebagai panelis forum tersebut. Kupasan tajuk isi perbincangan forum juga amat bertepatan dan sinonim dengan keprihatinan dan ‘ringan tulang’ para belia dan beliawanis yang terlibat dalam melakukan aktiviti kebajikan dan kerja amnya.
Pembukaan gerai PEMBINA bersama Aman Palestin selama 3 hari tersebut telah memberi kesan yang positif dalam isu jati diri, hala tuju kehidupan, Palestin,dan kemanusiaan terhadap belia dan beliawanis yang hadir pada gerai pameran dan jualan tersebut. Sebilangan besar yang hadir dan melihat pameran tersebut amat berminta untuk mengetahui lebih dekat dan mengikuti program PEMBINA sebagaimana dengan individu yang telah mengisi boring sukarelawan PEMBINA. Belia dan beliawanis di tempat lain pula bagaimana? Moga para belia dan beliawanis di seluruh Negara juga tidak turut melepaskan peluang untuk menjadi belia dan beliawanis yang berkualiti, produktiviti, prihatin dan mampu menyumbang kepada agama, bangsa dan Negara tercinta. Ayuh mari bersama-sama sertai PEMBINA untuk menjadi ‘Belia Generasi Hadapan’.

Langgan:
Catatan (Atom)