Isnin, 5 April 2010

Saya juga ingin menjadi Belia Super...

GERAI KONVO PEMBINA DI POLITEKNIK MERLIMAU MELAKA



Alhamdulillah, Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) cawangan Negeri Melaka buat julung-julung kalinya mengadakan gerai pameran dan jualan bersama-sama Aman Palestin di Politeknik Merlimau Melaka. Pameran selama 3 hari tersebut adalah bersempena dengan Majlis Konvokesyen Politeknik Merlimau Melaka kali ke-6. Sebanyak 10 orang belia dan 5 orang beliawanis terlibat dalam menjayakan pameran dan jualan di gerai PEMBINA dan Aman Palestin tersebut. Ucapan terima kasih dan setinggi- tinggi penghargaankepada pihak Politeknik Merliamu Melaka kerana sudi menjemput PEMBINA untuk untuk membuka gerai pemeran dan jualan bersama Aman Palestin secara tanpa mengenakan sebarang bayaran. Moga ketulusan hati pihak Politeknik Merlimau mendapat balasan yang besar manfaatnya daripada Allah.

Pada hari pertama gerai dibuka, gerai PEMBINA dan Aman Palestin mendapat sambutan daripada warga Politeknik Merlimau Melaka khususnya golongan belia. Majoriti daripada pengunjung mula mengenali PEMBINA melalui pameran yang diadakan dengan melihat buku-buku pengenalan program serta gambar-gambar aktiviti yang dipamerkan. Tidak kurang juga sambutan terhadap menjadi sukarelawan atau sahabat PEMBINA amat memberangsangkan sehingga borang yang disediakan pada mulanya habis diisi oleh pengunjung. Bak kata pepatah tidak kenal, maka tidak cinta. Apabila kenal PEMBINA, hati jatuh bertaut pada PEMBINA.

Belia dan beliawanis PEMBINA Politeknik Merlimau juga tidak melepaskan peluang untuk turut serta dalam aktiviti kebajikan serta kemasyarakatan dengan membantu pihak Aman Palestin mengedar bulletin dan melancarkan kutipan sumbangan bantuan ke Palestin di sekitar kawasan Politeknik Merlimau terutama sewaktu berlangsungnya Forum Perdana Hal Ehwal Islam yang turut mengundang Prof. Dr. Redzuan Tee Abdullah sebagai panelis forum tersebut. Kupasan tajuk isi perbincangan forum juga amat bertepatan dan sinonim dengan keprihatinan dan ‘ringan tulang’ para belia dan beliawanis yang terlibat dalam melakukan aktiviti kebajikan dan kerja amnya.

Pembukaan gerai PEMBINA bersama Aman Palestin selama 3 hari tersebut telah memberi kesan yang positif dalam isu jati diri, hala tuju kehidupan, Palestin,dan kemanusiaan terhadap belia dan beliawanis yang hadir pada gerai pameran dan jualan tersebut. Sebilangan besar yang hadir dan melihat pameran tersebut amat berminta untuk mengetahui lebih dekat dan mengikuti program PEMBINA sebagaimana dengan individu yang telah mengisi boring sukarelawan PEMBINA. Belia dan beliawanis di tempat lain pula bagaimana? Moga para belia dan beliawanis di seluruh Negara juga tidak turut melepaskan peluang untuk menjadi belia dan beliawanis yang berkualiti, produktiviti, prihatin dan mampu menyumbang kepada agama, bangsa dan Negara tercinta. Ayuh mari bersama-sama sertai PEMBINA untuk menjadi ‘Belia Generasi Hadapan’.















Tiada ulasan:

Catat Ulasan