Selasa, 28 Julai 2009

Jadikan mereka sebagai teladan..

Wakil PEMBINA Peserta Terbaik Kembara Dakwah JAKIM PDF Cetak emel


Mewakili PEMBINA, saudara Mohd Hamdan Mohd Sharif, 23, telah dipilh Program Kembara Dakwah Kepemimpinan Belia Malaysia 2009 anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Beliau berkata, inginkan keputusan cepat, kadangkala terlalu ekstrem dan hendakkan nama menyebabkan gerakan dakwah tidak dapat berkembang dengan berkesan. Suka menuding jari tanpa melakukan apa-apa juga satu ancaman kepada gerakan dakwah. Justeru, beliau mengajak pelbagai persatuan menggembleng tenaga melakukan dakwah ikut kemampuan

"Semua pihak sama ada individu, persatuan atau organisasi saling melengkapi. Apa juga aliran dakwah, kita boleh menyumbang mengikut kemampuan supaya gerakan ini dilaksanakan dengan berkesan. Islam dan ajarannya tidak boleh dikembangkan kerana sifat nafsi dan suka menunjuk 'akulah yang terbaik' selain tidak mahu memahami orang lain," katanya.

Ahli Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) itu juga menambah, Kembara Dakwah selama tujuh hari bermula 3 Julai lalu memberi banyak maklumat kepada peserta untuk melihat kaedah dakwah dijalankan Jakim.

Pada masa sama, peserta mengalami serta menghayati pengalaman berdakwah yang dilaksanakan Rasulullah SAW iaitu berjumpa orang di luar sana untuk mengajak kepada kebenaran serta kebaikan.

Tahniah diucapkan kepada saudara Hamdan. Semoga PEMBINA akan terus menggembleng tenaga untuk memacu gerakan dakwah belia Islam di Malaysia, InsyaAllah.


Dipetik dan diolah dari: http://www.bharian.com.my

sumber petikan yang disalin:pembina.com.my

Isnin, 27 Julai 2009

KEPADA YANG BAKAL STUDY DI OVERSEA..

Assalamu'alaikum w.b.t

Satu program TAUTAN akan diadakan buat pelajar-pelajar yang bakal melanjutkan pengajian di luar negara

Tarikh: 7-9 Ogos 2009
maklumat lanjut layari www.jalinanukhuwah.info



Jumaat, 24 Julai 2009

Jom ke Explorace Di Bandar Bersejarah

Assalamu'alaikum
Pada tanggal 1 Ogos 2009 ini pihak Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) Cawangan Melaka akan mengadakan satu program explorace di sekitar Bandaraya Melaka Bersejarah.

Program ini dapat merapatkan ukhwah sesama umat Islam terutamanya belia di samping mendapat pengisian roh dan pembinaan jasadiah seperti mental dan fizikal yang bagus.

Kepada para belia Islam sekalian terutama yang tinggal di Melaka jangan lepaskan peluang yang bermanfaat ini!!

Sila dapatkan borang anda bagi menyertai program ini.

Tarikh tutup penyertaan: 10 Pagi Isnin depan.(27 Julai 2009 bersamaan 5 Syaaban 1430 H)

Untuk maklumat lanjut layari pembina.com.my dan klik pada pautan pembina melaka pada pautan blog kawasan.



Hubungi:
Riduan 013-9866987
Nabihah 019-3801920

Khamis, 16 Julai 2009

Kawan-kawan..Jom gi Ipoh..

Salam,buat para belia khususnya dan juga penduduk sekitar Ipoh.Marilah bersama-sama kita menghadiri satu program qiamulail bersama-sama penduduk Ipoh pada 18 Julai -19 Julai ini di Masjid Muhibbudin Shah (berhampiran hospital).
Program bermula jam 8.30 pm 18 Julai.
Anjuran Persatuan Belia Islam Nasional Perak (PEMBINA Perak) dan Kelab Remaja Ikatan Muslimin Malaysia.
Sebarkanlah pada keluarga,jiran tetangga,kawan2 dan lain2.

Ayuhlah wahai saudara2 Islamku sekalian dalam menjayakan program yang bermanfaat ini.

Rabu, 8 Julai 2009

Konsert Antara Dunia (KAD) 2009



Rakyat Malaysia kini berpeluang menikmati persembahan mega nasyid yang memukau apabila empat buah gabungan kumpulan nasyid gergasi tempatan dan antarabangsa bertembung dalam sebuah konsert yang paling menggegarkan tahun; Konsert Antara Dunia `09 (KAD `09). Dengan menampilkan ‘otai-otai' nasyid seperti Rabbani (Malaysia), Hijjaz (Malaysia), Raihan (Malaysia) dan Shoutul Harokah (Indonesia), konsert mega tersebut bakal berlangsung pada 1 Ogos 2009 iaitu pada hari Sabtu, dari pukul 8.30 malam hingga 11 malam, bertempat di Stadium Melawati Shah Alam.Konsert yang dianjurkan oleh Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) dan Rabbani Productions (M) Sdn. Bhd. dengan kerjasama iLuvislam.com sebagai 'media partner' diadakan bersempena memeriahkan Kuala Lumpur sebagai Kota Kebudayaan Islam (KLCIC) di samping meraikan bulan kemerdekaan dan bulan Ramadan yang akan disambut pada hujung bulan Ogos.




Bertemakan konsep `Menyemarak Kebangkitan, Meneraju Ummah', konsert ini merupakan konsert besar-besaran yang julung-julung kali diadakan melibatkan golongan mahasiswa (GAMIS) dan artis nasyid tanah air (Rabbani).KAD `09 bertemakan kehidupan manusia yang melalui lima dunia (alam) iaitu roh, kelahiran, kehidupan, barzakh dan akhirat. Kelima-lima dunia tersebut diadun dalam satu persembahan yang cukup menarik menerusi lagu-lagu nasyid, tayangan multimedia, pentomen dan lain-lain lagi. Sudah pasti ia akan menghadirkan rasa bertuhan serta menyedarkan diri betapa dunia ini terlalu panjang untuk ditempuh dan kini kita berada di tengah-tengah persinggahan perjalanan antara dunia dan kita bakal meneruskan perjalanan tersebut pada bila-bila masa sahaja.




Tiket




RM 5 : kanak-kanak berusia 6 hingga 12 tahun


RM 10 : golongan remaja dan dewasa


RM50 : VIP.


Pakej istimewa!!


RM 100 : 2 tiket VIP dan 4 tiket kanak-kanak.




Tiket boleh didapati daripada sesi-sesi `roadshow' KAD `09, wakil-wakil GAMIS di setiap institusi pengajian tinggi (IPT) dan di setiap zon, belian tiket `online' dari iLuvislam.com, serta pejabat Rabbani Productions (M) Sdn. Bhd. Anda juga boleh mendapatkan tiket di kaunter terbuka berdekatan pintu masuk Stadium Melawati Shah Alam pada 31 Julai dan pada hari konsert iaitu 1 Ogos bermula jam 10 pagi hingga 7 malam.



Pembelian Tiket Secara Online di iLuvislam.comBergantung kepada jenis tiket yang ingin anda beli, bayaran boleh dibuat samada melalui :


1. maybank2u.com.myi. Log in di www.maybank2u.com.myii. Klik pada option "acounts & banking'iii. Klik "transfer" iv. Pilih option "new 3rd party account transfer" & masukkan segala butiran (No. Akaun : 564128343961 – Nama : Abdul Muhaimin Mohd Nasir). Pastikan recipient email adalah : aminalhafeez[at]gmail.com (sila gantikan [at] dengan simbol @).v. Pastikan anda mengetahui cara untuk mendapatkan TAC number.vi. Isikan segala ruangan yang perlu di isi.




2. Mesin ATM:i. Selepas memasukkan kad dan nombor pin anda, sila pilih bahasa yang anda suka.ii. Tekan pada option “Lain-lain urusniaga”iii. Tekan option “Pindahan/Transfer”iv. Tekan option “Pindahan Pihak Ketiga/3rd Party Transfer”v. Masukkan nombor akaun : 564128343961 – Abdul Muhaimin Mohd Nasirvi. Jangan lupa simpan slip transaksi anda!3. Mesin Cash Deposit:i. Selepas tekan butang masung/enter, sila masukkan nombor akaun:564128343961 – Abdul Muhaimin Mohd Nasir
ii. Masukkan wang andaiii. Jangan lupa simpan slip transaksi anda!4. Deposit secara Manual di kaunter Maybanki. Depositkan secara manual di kaunter mana-man cawangan Maybank ke dalam akaun:564128343961 – Abdul Muhaimin Mohd Nasirii. Jangan lupa simpan borang pengesahan pembayaranHANYA setelah pembayaran dibuat, anda perlu mengisi borang pengesahan di bawah bagi membolehkan pihak urusetia KAD '09 untuk menghantar kod tiket anda.



Dapatkan tiket segera! Jumlah tiket TERHAD! 'First come first serve'








Selasa, 7 Julai 2009

Belia ABC

Assalamu'alaikum.

Belia adalah tonggak negara!!!
Laungan yang senantiasa didengar hingga ke peringkat nasional mahupun dunia..benarkah remaja itu tonggak buat negara? tetapi belia yang bagaimana?
persoalan seperti itu sering diajukan di ruangan media akhbar,web dan lain-lain.
Dinihari pelbagai program yang direncanakan untuk belia bagi memastikan projek pembangunan insan seperti yang tertera pada slogan di atas tercapai.semakin meningkat usia dunia dan semakin hampirnya meniti perjalanan hidup ke akhirat yang kekal abadi,semakin besar cabaran dan ujian yng ditempuhi insan yang bergelar belia dalam mencari dan kekal dalam landasan kebenaran yang haq(yang sebenar).perjuangan pembentukan hidup ke arah kesejahteraan,kebahagiaan dan keharmonian.

Pada hujung minggu lepas dalam percutian bersama famili tercinta di Melaka Bandar Bersejarah,perjalanan untuk masuk ke Melaka agak sesak dan sibuk.Mungkin kebanyakannya adalah pelancong dan ada juga yang dalam perjalanan untuk persediaan pendaftaran ke institusi pengajian (IPT).aku menginap di sebuah hotel yang terletak berhampiran dengan sebuah masjid yang cukup indah iaitu Masjid Al-A'zim.berhampiran juga dengan kawasan bandar Melaka dan Melaka Sentral.Malam tersebut aku keluar ke bandar untuk meninjau (survey) suasana malam di Melaka.SUBHANALLAH..indahnya alam ciptaanNya.tiba-tiba hatiku menjadi geram dan semak apabila melihat disko-disko semasa dalam perjalanan menuju ke Masjid Selat.Na'uzubillahiminzalik,ku sempat melihat kebanyakan yang menuju ke arah disko tersebut adalah golongan belia malah yang lebih menyayatkan hati adalah adanya belia MELAYU yang aku yakini bahwa mereka adalah Umat ISLAM.Selepas itu aku meninjau hampir ke setiap lorong yang ada di kawasan Melaka Tengah untuk melihat keadaan malam di kawasan tumpuan di Melaka.Lebih kurang 20 pusat hiburan hanya di kawasan tersebut sahaja.Persoalan mula timbul di benak hati dan fikiranku.Bagaimana hebatnya golongan-golongan pengaruh kerosakan ini (bos pusat hiburan dll) dapat mewujudkan premis-premis MAKSIAT ini seperti cendawan tumbuh selepas hujan.
Di mana penguatkuasaan daripada pihak berkuasa (pihak pemerintah negeri)??? adakah pihak yang menjalankan amanah pemantauan dan penguatkuasaan hanya menjalan kan amanah seperti kes-kes di mahkamah,pejabat dan lain-lain yang tertentu sahaja?



belia dan disko


Perkara yang sama turut berlaku di kawasan negeri-negeri lain seperti di taman polo di ipoh dan lain-lain (maaf la ye tak larat teman nak tulis panjang tempat-tempat 'panas' ni).
dalam perjalanan pulangku,aku dikejutkan dengan deruman enjin mat motor yang membuat jalan itu seperti hanya HAK PERSENDIRIAN..sehingga aku hanya memerhati gelagat mereka dari tempat duduk pemandu kerana di hadapanku hampir belasan mat motor tadi menunggang motor seperti motor itu saiznya seolah sebuah treler lori.



mat motor di jalanan



Hati ini menjadi sejuk kembali sewaktu ku melangkah masuk ke dalam Masjid Al-A'zim.mata ku tertumpu kepada satu ruang di mana di situ tergantungnya banner Konvensyen Berakhirnya Agenda Zionis anjuran Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA).Rupa-rupanya masih banyak belia di negara ini yang menjadi permata buat agama, bangsa dan negara.apa yang diri ini tertarik adalah terdapat banyak persatuan-persatuan yang melakukan pembentukan belia ke arah generasi Islam yang hidupnya mengamalkan Islam dengan syumul (menyeluruh).cuma jawapannya ada dalam diri masing-masing untuk melibatkan diri dengan program-program positif sedemikan.Kelapangan masa belia cukup banyak,maka gunakanlah sebaiknya dengan menyertai kumpulan dan persatuan yang membentuk akhlak dan sahsiah diri yang berpandukan syariat Islam seperti PEMBINA tadi.yakinlah wahai belia bahawa dalam setiap diri belia itu ada kebaikan yang perlu digilap dan digunakan.Kawal diri mu dengan iman dan akal yang waras. Generasi harapan seperti ini adalah impian bagi agama,bangsa dan negara



Dalam memilih kumpulan dan persatuan, diri ini mencadang agar teliti dalam apa kaedah pembawakan kumpulan dan persatuan tersebut kerana bukan diri ini hendak melarang atau menjatuhkan semangat sesiapa tetapi sekadar berkongsikan pengalamanan dan ilmu yang sedikit ini kerana ada juga persatuan yang membuat program positif tetapi kaedah perlaksanaannya melibatkan pergaulan bebas lelaki dan perempuan dan tidak menekan aspek-aspek Islam yang sebenar yang mana membuatkan pengamalan yang terkandung dalam Islam hanya waktu dan tempat tertentu seperti solat di masjid semata-mata,tetapi di luar bebas melakukan apa sahaja seperti dunia ini kita lah raja seolah melupakan Allah adalah pencipta sekalian alam.ISLAM TIDAK SEKALI-KALI BEGITU!!.Islam adalah sempurna,menyeluruh,indah dan mudah.Ya memang Islam itu mudah tetapi bukan memudahkan Islam!! dengan menganggap pergaulan bebas itu tidak mengapa,maka apakah sanggup kita menyalurkan diri ke dalam saham dosa ke arah zina??ya memang tidak berzina tetapi lakukanlah kajian terhadap isu semasa yang berlaku kepada belia yang berzina hari ini,apakah puncanya dan kesannya?.

Wahai Belia sekalian,sedarilah masih ada sinar buatmu.

ALLAH ITU MAHA PENGAMPUN,MAHA PENYAYANG dan diri ini juga mengingatkan diri dan yang lain bahawa ALLAH juga amat DASYAT SIKSAANNYA.Oleh sebab terdapat banyak pertubuhan belia di negara ini,diri ini menyaran dan menggalakkan untuk menyertai kumpulan dan persatuan yang mempunyai dasar Islam dalam setiap perkara yang dibuat kerana apabila kita menyertai kumpulan atau persatuan tersebut kita akan senantiasa hidup dalam mengawal diri untuk pembentukan diri yang berkualiti bukan hanya untuk di dunia bahkan di akhirat.

Marilah kita sama-sama membentuk diri ini ke arah generasi Belia yang Beriman,berkualiti dan Berwawasan..