Selasa, 28 Julai 2009

Jadikan mereka sebagai teladan..

Wakil PEMBINA Peserta Terbaik Kembara Dakwah JAKIM PDF Cetak emel


Mewakili PEMBINA, saudara Mohd Hamdan Mohd Sharif, 23, telah dipilh Program Kembara Dakwah Kepemimpinan Belia Malaysia 2009 anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Beliau berkata, inginkan keputusan cepat, kadangkala terlalu ekstrem dan hendakkan nama menyebabkan gerakan dakwah tidak dapat berkembang dengan berkesan. Suka menuding jari tanpa melakukan apa-apa juga satu ancaman kepada gerakan dakwah. Justeru, beliau mengajak pelbagai persatuan menggembleng tenaga melakukan dakwah ikut kemampuan

"Semua pihak sama ada individu, persatuan atau organisasi saling melengkapi. Apa juga aliran dakwah, kita boleh menyumbang mengikut kemampuan supaya gerakan ini dilaksanakan dengan berkesan. Islam dan ajarannya tidak boleh dikembangkan kerana sifat nafsi dan suka menunjuk 'akulah yang terbaik' selain tidak mahu memahami orang lain," katanya.

Ahli Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) itu juga menambah, Kembara Dakwah selama tujuh hari bermula 3 Julai lalu memberi banyak maklumat kepada peserta untuk melihat kaedah dakwah dijalankan Jakim.

Pada masa sama, peserta mengalami serta menghayati pengalaman berdakwah yang dilaksanakan Rasulullah SAW iaitu berjumpa orang di luar sana untuk mengajak kepada kebenaran serta kebaikan.

Tahniah diucapkan kepada saudara Hamdan. Semoga PEMBINA akan terus menggembleng tenaga untuk memacu gerakan dakwah belia Islam di Malaysia, InsyaAllah.


Dipetik dan diolah dari: http://www.bharian.com.my

sumber petikan yang disalin:pembina.com.my

Tiada ulasan:

Catat Ulasan