Assalamu'alaikum w.b.t
Setelah sekelian lama 'berehat' dari medan menulis di blog ini membuatkan hati ini mula terpanggil untuk terjun kembali..
Namun kali ini mungkin hanya santai dalam berbicara tajuk yang senantiasa biasa dibaca dan dilihat di helaian artikel di luar sana..namun inilah serba sedikit perkongsian yang aku ingin sampaikan buat semua pembaca yang sudi melawati laman ini..
Kehidupan merupakan suatu proses yang penuh dengan pelbagai 'aksi' dalam menyusuri perjalanan..
Usiaku di dunia ini masih lagi di peringkat awal fasa kehidupan iaitu 21 tahun dan masih banyak perkara yang aku tertinggal ilmunya dan juga masih cetek pengalaman hidup..akan tetapi aku sudah bermula langkah dalam menyusuri makna sebenar kehidupan..tambahan pula aku baru saja menjadi lepasan graduan buat sementara ini.Bulan Jun 2010, tamatlah pengajian Diploma Kejuruteraan Mekanikal aku di Politeknik Merlimau Melaka.
Dunia baru saja mendidik aku mengenal erti kehidupan sebenar dalam keadaan yang aku merasai betapa peritnya ibu bapa aku dahulu mencari nafkah demi menjamin kesejahteraan dan memenuhi kehendak anaknya ini.Terima kasih yang tidak terhingga Mak dan Bapak yang cukup banyak berkorban untukku.Moga Allah memberi balasan sebaik-baiknya buat kalian.
Kini aku dalam proses mencari kestabilan diri dari segi mencari pendapatan kehidupan yang aku rasai ujiannya yang hebat. Sewaktu kebanyakkan rakan seangkatan memilih haluan hidup untuk belajar dan bekerja pada tempat yang tinggi ganjarannya namun aku memilih untuk terus survive mencari pendapatan di Politeknik Merlimau Melaka untuk mencari sesuatu yang berharga di sini iaitu membangunkan potensi mahasiswa ke arah mengembalikan kekuatan jati diri dan kegemilangan bangsa dan agama. Pelbagai reaksi dan kritikan yang aku terima dari keluarga dan rakan-rakan namun aku menerima semuanya dengan hati terbuka.
coretan yang ingin aku sampaikan disini ialah dugaan dan ujian hidup adalah sememangnya besar dan mencabar.liku-liku yang aku hadapi dalam kehidupan sebenar selepas tamat belajar baru hanya 3 bulan namun ia telah banyak mengajar aku erti hidup dan pengorbanan..aku seolah-olah patah semangat suatu ketika dahulu oleh kerana tiada kestabilan pendapatan walaupun masih mempunyai duit simpanan. Aku merasakan bahawa inilah yang dimaksudkan bahawa aku perlu keluar daripada ZON SELESA.
Kini aku masih mencari peluang menjana pendapatan melalui peluang niaga yang mampu aku lakukan untuk teruskan misi membangunkan belia di sini..erti survival yang dilalui kini menguatkan lagi diriku disamping aku mempelajari menghargai setiap perkara yang dikurniakan disekelilingku ini. Terkadang ujian yang mendatang membuatkan menangisi dan merintih yang amat atas nikmat yang dianugerahkan Allah yang mungkin aku tidak syukuri sepenuhnya dan kemanisan indahnya rintihan itu datang melalui rezeki yang Allah kurniakan.
Aku juga mempunyai impian seperti insan lain untuk menyambung belajar sehingga ke peringkat lebih tinggi tetapi aku merasai biarlah perancangan untuk itu dilaksana apabila aku mencapai matlamat aku yang aku rasai lebih penting dan besar ketika ini. Runcingnya masalah jati diri belia disini membuat aku merasakan perlunya pengorbanan yang besar bagi insan yang merasakan bertangungjawab untuk membangunkan kembali belia Melayu Islam yang telah jauh dari ajaran agama dan bangsa. mungkin bermula dengan sebilangan kecil individu belia yang berkualiti namun ku yakini ianya akan berkembang seiring dengan perkembangan masa..InsyaAllah..
Wahai belia..sedarilah masalah yang dihadapi belia Melayu Islam ketika ini adalah amat kritikal dan setiap daripada kita yang merasakan individu bertanggungjawab dituntut berusaha melaksanakannya..kembali perbaiki dirimu dan serulah insan yang lain..yakinilah bahawa kejayaan sebenar akan digapai dan berbanggalah dengan menjadi identiti sebenar belia Melayu Muslim yang sejati!...mari keluar daripada merasakan kita sekarang adalah dalam zon selesa kerana perasaan itu amat berbahaya buat kita semua..sesungguhnya ujian itu adalah tarbiah buat dirimu untuk menjadi belia yang kuat!
"Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al-Qur'an kepadamu(Muhammad) secara beransur-ansur. Maka bersabarlah untuk (melaksanakan) ketetapan Tuhanmu, dan janganlah engkau ikuti orang yang berdosa dan orang yang kafir antara mereka." (Al-Insan:23-24)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan