Isnin, 21 Februari 2011
L.O.V.E
Assalamu’alaikum w.b.t
Alhamdulillah aku masih diberi tenaga dan kekuatan atas menggerakkan jari jemari ini menekan butang-butang papan kekunci ini. (keyboard,sekali sekala kena faham dalam bahasa Melayu la pulak kan =) ). Ditambah saat menulis adalah menjelang waktu tidur aku, bertambah puitis mungkin tulisan (kalau puitis,kalau tak anggap saja dah mengantuk).
Mukadimah..mukadimah..mukadimah berbunga-bunga meleret. Itulah rasanya ungkapan yang aku dapat bila ada yang kurang gemar membaca tulisan aku yang meleret, tetapi tidak mengapa boleh baca tajuk mukadimah dan akhir artikel saja kalau tak nak baca dari awal.
Kali ini aku nak membawa topik yang tidak asing lagi dan hangat sejak seminggu-dua lepas. Daripada isu Mesir, kini berpindah kepada isu semasa di Tanah Air dan penghayatan (nak tazkirah diri kita sama-sama).
Di bulan FEBRUARI.. (teringat serangkap lirik lagu).
Lets Over Valentine's Empire : L.O.V.E
1) VALENTINES tu nama pelumba motosikal ke?
SALAH,tu nama paderi apa entah yang doktrin suruh bercinta lepas itu bercinta bunuh diri.
Baru-baru ini,valentines difatwakan haram untuk menyambutnya oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Pengharaman tersebut memberikan impak besar dari segi kesedaran masyarakat Malaysia khususnya umat Melayu Islam. Signifikannya, fatwa pengharaman itu mula diperkatakan dan dibincangkan di kalangan pemimpin Negara dan masyarakat sehinggakan kita melihat pelbagai pendapat diutarakan. Menariknya jika dahulu isu ini hanya meniti di bibir insan-insan yang digelar ‘Ustaz’ dan sealiran yang digolongkan sebagai orang baik lagi beriman di mata masyarakat namun kini golongan professional yang tidak kurang hebat kebaikan mereka juga sudah kedepan menjawab isu ini.
Adakah pengharaman ini mula timbul apabila tarikh tersebut hampir dengan tarikh sambutan maulidur Rasul? Yang pentingnya inilah ‘turning point’ untuk kita membicarakan bahawa apakah ideologi barat itu mesti diraikan dan diterima dengan sewenang mungkin tanpa bersandarkan kepada adab dan adat dalam Agama dan Bangsa. Nah, sudah berpuluh tahun bermaharajalelanya pemuda dengan asyik dan ghairah meraikan hari valentines yang kini sudah hilang valentines itu. Kini sudah ‘menganga’ apabila difatwakan dan dikuatkuasakan sebagai haram!
Malas untuk mengulas lanjut berapa banyak pemuda yang telah ‘memproses’ anak dengan jayanya apabila ‘berkahwin’ sebelum bernikah. Cukuplah aku mengatakan faktor gejala sosial ini perlu dicegah dari awal lagi sebelum terlambat dan kepada yang dah terlambat, masih belum terlambat lagi untuk dirawat.
Sehubungan jom kita hayati petikan ayat Quran yang bermaksud “ Janganlah kamu menghampiri zina, Sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang buruk ( yang membawa kerosakan)” (al-Isra’ : 32 )”
Banyak kali dah ke dengar,tengok dan baca ayat kat atas?
Belum, eh dah la. Apa pun jawapannya aku nak tahu kita ni faham bahasa Melayu merangkap bahasa ibunda kan ?
Jadi tidak ada masalah sepatutnya untuk memahami maksud ‘menghampiri’ kan ? Atau saja buat tak faham sebab selalu speaking london ?
Mengertilah wahai saudara dan saudari yang masih lagi diberi peluang untuk bernafas di muka bumi ini, Allah menjadikan kita bukan untuk seronok-seronok namun asasnya adalah untuk beriman denganNya.
Aku yakin semua yang mengucap dua kalimah syahadah mempercayai firman Allah seperti di atas, Cuma kita mungkin masih memberi alasan,tidak mendapat hidayah,dah dapat tapi rasanya awal lagi untuk berubah, tiada sokongan,tiada kekuatan atau adakah kita masih lagi ragu-ragu dengan janji Allah berkenaan ganjaran Syurga bagi orang yang taat dengan Allah dan ganjaran azab siksa neraka yang pedih bagi golongan yang ingkar dengan perintahNya.
Menghampiri apakah seperti dalam ayat di atas ?
Segala perkara yang menghampiri dengan membawa kepada zina.
Contohnya yang amat hangat melanda dunia pemuda yang cantik, kacak bergaya dalam lamunan cinta tanpa ikatan 'valid'.
Apakah ini? Cinta tanpa ikatan pulak dah tadi valentines.
Aku faham sangat perasaan kamu semua yang tengah menggila bercinta macam ‘Titanic Love’ ni, kalau ada orang bagi nasihat bukan senang nak dengar sebab nasihat daripada yang ‘tersayang’ sahaja yang menyenangkan telinga. Tetapi tidak mengapa, aku cuba untuk 'menyusahkan' telinga sesama kita.
Apabila dimaksudkan menghampiri itu segala perkara yang menyumbangkan ke arah menghampiri zina, pernah ke kita rasa couple itu menjauhi zina?
Kalau ya, amatlah beruntung. Cuma ada ke couple yang boleh mengawal mulut daripada bercakap merdu bak buluh perindu dengan pasangan sehingga tidak terusik langsung nafsu dan shahwat (kiranya suci habis hati), mesej dan ‘call’ (bergayut : bukan gayut monyet tapi gayut abang kacak dan adik manis) atas perkara yang penting dan atas dasar muamalat semata-mata. Sewaktu berjumpa pasangan dengan bangganya menjemput Ibu dan Ayah ‘dating’ sekali dan merakamkan segala aksi dan perkataan kita.
“Janganlah engkau bersendirian dengan seorang wanita (bukan muhrim) kecuali ketiganya dalah syaitan” (Riwayat Tabrani)
“Katakanlah kepada lelaki-lelaki yang beriman, agar mereka menjaga pandanngan mereka dan memelihara kemaluan mereka, yang demikian itu lebih suci bagi mereka. Sesungguhnya, Allah Maha Mengetahui apa yang mereka kerjakan” (An-Nur:30)
“Dan katakanlah kepada para perempuan yang beriman, agar mereka menjaga pandangan mereka, dan memelihara kemaluan mereka” (Surah An-nur: 31).
Namun realitinya biar apa pun jawapan yang keluar dari mulut kita, Allah Yang Maha Mengetahui menyaksikan perbuatan dan mengetahui apa yang ada dalam hati kita.
Takutlah kita sebelum kita ditakutkan dengan azab yang pedih lagi dasyat.
"Dan syaitan berkata ketika perkara(hisab) telah diselesaikan: “Sesungguhnya ALLAH telah menjanjikan kepadamu janji yang benar, dan aku pun telah menjanjikan kepadamu tetapi aku menyalahinya(menipu). Tidak ada kekuasaan bagiku terhadapmu(aku tidak memaksamu) melainkan aku (sekadar) menyerumu. Lalu kamu yang mematuhi seruanku, oleh sebab itu janganlah kamu mencerca(menyalahkan) aku, tetapi cercalah dirimu sendiri. Aku tidak dapat menolongmu dan kamu pun tidak akan dapat menolongku. Sesungguhnya aku tidak membenarkan perbuatanmu menyekutukan aku(dengan Allah) semenjak dulu. Sesungguhnya, orang-orang yang zalim akan mendapat siksaan yang pedih” (Ibrahim:22).
Ketahuilah dengan tulisan, suara, melihat, berdampingan, yang dasyat lagi bersentuhan mahu pun yang biasa dan luar biasa itu semuanya mengundang kepada senangnya berlaku kahwin tanpa nikah atau bahasa ringkas zina!
Jika kita sudah pun terlanggar ‘pagar’ larangan sehinggakan terbabas, tidak terlambat lagi untuk kita sama-sama memperbaiki semula dengan bertaubat sebenar taubat. Sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Penerima Taubat.
Apa penyelesaiannya?
Cepat-cepatlah nikah.
Ibu dan ayah tak bagi? Mengoratlah hati mereka sebagaimana kamu nak mengorat hati bakal Isteri nanti untuk terima kamu sebagai pasangan hidup.
Duit tak ada?
Tapi hati ingin kahwin (ni pun petikan lirik lagu). InsyaAllah,Allah akan permudahkan setiap niat & keinginan yang baik.
"Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang salih dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya, kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui." (An Nur: 32)
Akhir sekali jalan yang praktikal ialah berpuasa kerana hanya dengan berpuasa perut akan menjadi kosong lalu mengurangkan nafsu.
Sulamilah taubat dan dosa lalu, dengan kebaikan dan pahala.
Moga Allah sentiasa memberi dan mengekalkan kita dengan hidayahNya serta kekuatan dan kesabaran dalam pengorbanan melakukan revolusi diri kepada lebih berkualiti.
Panjang, berjela dan meleret sudah tulisan aku kali ini. Minta maaf kalau rasa amat bosan dan letih membaca.
Pautan saranan:
http://www.iluvislam.com/inspirasi/motivasi/854-surat-dari-anak-mak-yang-dah-tak-nakal.html
http://www.iluvislam.com/tazkirah/remaja-a-cinta/995-bercouple-atau-jual-mahal.html
http://www.iluvislam.com/tazkirah/remaja-a-cinta/1142-bagaimana-bercouple-cara-islam.html
http://ms.langitilahi.com/bila-kamu-bising-fasal-ikhtilat/comment-page-1/
http://www.iluvislam.com/berita/malaysia/1717-kelantan-sedia-rm15-juta-galak-pasangan-muda-kahwin.html
http://www.iluvislam.com/keluarga/perkahwinan/1631-mestikah-jodohnya-penzina-juga.html
http://cyberita.asia1.com.sg/luarnegara/story/0,3617,178170,00.html
http://www.saripadul.com/2011/02/mak-bapaaku-nak-kahwin1_15.html
http://nabilahanawas.blogspot.com/2011/01/nikah-khitbah-nikah-gantung-tiket-untuk.html
http://www.iluvislam.com/keluarga/perkahwinan/1541-tips-nikah-kahwin.html
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
salam...menarik...jazakallah ats perkongsian...jika enta mampu, buktikan kpd belia kita hari ini bahawa enta juga mampu berkahwin walaupun pndptan msih belum di tahap 'selamat'...berani?
BalasPadamhaah..
BalasPadamapa lg bro? dah ada cabaran daripada tanpa nama tuh.
meh sini ada nama pun nk bg cabaran -
"Kawen la bro, baru tenang sket hati dan perasaan tuh: :)
Err..nak komen, tp takut terkene balik
BalasPadamkahwnla...
BalasPadamrezki allah akan bagi melalui perkahwinan!
gerenti beres...
yakini hadith nabi!!!
InsyaAllah saya yakin bahawa empunya blog ini akan menyahut seruan komen yang di atas. Tunjukkan qudwah melalui perbuatan. Mungkin para pengkomen di atas juga menjadi qudwah tersebut.
BalasPadam