Assalamu'alaikum w.b.t
Bismillahirahmanirrahim..
Mesir sungguh indahnya dengan padang pasir,Sungai Nil seperti yang tergambar dalam novel Ayat-Ayat Cinta yang pernah aku baca suatu masa dahulu. Ditambah lagi dengan Piramid Giza yang ku idamkan dalam hati ini untuk jejaki setelah melihat gambar-gambar dalam internet. Indah..indah..dan indah.Subhanallah atas ciptaanMu yang amat indah ini.
Malaysia negaraku yang aman,damai,Bukit Larutnya lembap dihujani air. Tatkala melihat kemajuan yang dikecapi negaraku ini setanding dengan negara maju.Ya buktinya lihatlah pembangunan pesat Kuala Lumpur, Putrajaya, Taiping kampung halaman yang amat indah dan cool.
Teringat impian dan nostalgia lalu untuk ke Mesir dan sewaktu berjalan-jalan di Bukit Larut nan indah. Namun, apakah keadaan situasi itu masih sama pada hari ini?
Sejak-sejak akhir ini sudahkah kita meng'upgrade'kan minda kita dengan info-info terkini atau kita masih menjadi golongan 'manusia terkurung dalam bumbung rumah'?
Isu terkini yang berlaku di Mesir membuka mata dunia yang asyik dibuai lena dengan perkara-perkara yang menggilai dunia tanpa mengira sempadan. Kebangkitan rakyat Mesir khususnya para belia pemuda benar-benar menggambarkan bahawa semangat luar biasa yang terdapat dalam diri pemuda itu boleh dan dapat merubah segala yang termampu dalam batas sebagai manusia dengan izin Tuhan sekalian alam.
Ironinya, kebangkitan itu hanya bermula daripada sekecil-kecil perkara yang dipandang enteng oleh masyarakat dunia iaitu penindasan hak rakyat sebagaimana juga pencetus berlakunya kebangkitan di Tunisia. Kejadian tersebut bermula apabila seorang pemuda menunjuk protes dengan membakar diri apabila beliau seorang graduan yang tidak mendapat tempat dalam sektor pekerjaan, mengambil keputusan berniaga.
Namun, perniagaan yang dilaung-laungkan oleh pihak berkuasa sebagai penyelesaian untuk kemelut pengangguran juga turut diancam dan ditindas oleh pihak berkuasa sehinggakan pengangguran itu digalakkan apabila perniagaannya juga turut disita.
Dalam konteks kebangkitan tersebut, adakah pemuda itu membuat sesuatu perkara yang gila dan mengkhinzir buta? Jawapannya tentulah tidak, kerana hanya dengan perbuatan pemuda tersebut lah memuncaknya semangat rakyat Tunisia untuk bertindak dan membuka mata seluruh dunia bahawa kebenaran yang diperjuangkan melalui pengorbanan pemuda tersebut amat bermakna. Walhal ia hanya membuat perkara yang dianggap mungkin seperti kuman (kecil jika nak dibandingkan dengan isu yang lebih besar).
Kalau di Malaysia mungkin ianya seperti tiada apa-apa dan kesan besar pun mungkin apabila dimasukkan dalam dada akhbar yang bertajuk 'PEMUDA AMUK SELEPAS KEDAI DIRAMPAS' yang akan mengsensasikan isu itu.
Di Mesir pula, berjuta-juta penduduk Mesir yang sejumlah besarnya juga adalah pemuda berhimpun di sekitar Medan Tahrir bagi memprotes secara damai atas kekejaman pemerintah yang selama ini memerintah negara secara kuku besi. Perhimpunan tersebut bukan hanya dalam satu hari malah berminggu hinggakan berjaya menurunkan Presiden tersebut iaitu Hosni Mubarak yang tidak mubarak lagi.
Apakah ini juga dikatakan suatu perkara bodoh dan membuang masa?
Mungkin ada yang berfikiran sedemikian apabila membaca berita berkenaan perhimpunan rakyat Mesir di Medan Tahrir.
Namun sedarkah kita kesannya yang mungkin dianggap 'sia-sia' dan mungkin ada yang berkata "buat apa lah mereka ni teruk-teruk berhimpun sampai jadi macam tu, takde akal ke?"
Hari ini mungkin yang berkata begitu terbeliak mata atau masuk ICU disebabkan sakit jantung terkejut mendengar perhimpunan sedemikian rupa dapat menumbangkan pemerintah yang kuku besi dan zalim.
Apa pula kaitannya dengan Malaysia & Mesir?
1) Kedua-dua negara bermula dengan huruf 'M'. (Lawyer buruk punya jawapan)
2) Majoriti kedua-dua negara penduduknya Islam.
3) Kebangkitan dan kemajuannya banyak bergantung kepada pemuda.
Nah, hujung jawapan yang ketiga itu adalah PEMUDA.
Pemuda di Mesir adalah mereka yang berani melakukan perubahan dengan pengorbanan yang tinggi. Mereka berkehendak merubah keadaan diri, keluarga, masyarakat dan negara dengan mendekatkan diri kepada Tuhan sekalian alam untuk menjadi pemuda yang hebat, bertaqwa, berilmu dan berdaya saing.
Kefahaman, kebolehan, potensi yang terbentuk dalam diri mereka dengan menyertai usrah (study cirle: aktiviti berkumpulan yang penuh dengan ilmu dan praktik seorang pemimpin) merupakan satu perubahan yang luar biasa hinggakan keadaan dan masa depan negara bersandarkan kepada mereka.
Pemuda di Malaysia juga tidak kurang hebatnya kerana terdapat juga segolongan pemuda yang aktif dalam menyumbangkan tenaga dan fikiran terhadap pembangunan agama,bangsa dan negara.
Pemuda di Malaysia semakin sedar akan kepentingan untuk merubah nasib diri,bangsa,negara dan agama setelah melihat senario dunia pada hari ini.
Jika sebelum ini, pemikiran dalam melakukan perubahan banyak bergantung kepada pemerintah,pihak berkuasa dan pihak atasan. Namun hari ini para pemuda perlu sedar bahawa perubahan yang lebih berkuasa dan hebat bermula dari dalam diri atau persatuan/pertubuhan itu lebih tinggi kesannya berbanding menunggu perubahan sistem atasan (2/3 parlimen, pemerintah,parti politik). Ini telah dibuktikan oleh Tunisia dan Mesir.
Maksud perubahan dalam konteks pemuda di Malaysia adalah bukannya meniru keseluruhan seperti di Mesir dan Tunisia kerana situasi dan keadaan negara kita adalah berbeza. Perubahan yang dimaksudkan itu ialah penentuan sama ada pemuda hari ini ingin merubah keadaan masa depan bagaimana?
Baik atau sebaliknya terpulang kepada diri sendiri.
Cuma konsep semangatnya itu wajar mencontohi semangat pemuda yang hebat seperti Mesir,Tunisia dan Palestin.
Sedarilah wahai pemuda, semangatmu membara ibarat singa yang kelaparan dan dahaga.
Janganlah dibazirkan semangat itu ke jalan hitam dan nafsu noda yang gundah gulana.
Kita tiada masa lagi untuk dibazirkan dengan perkara yang memburukkan lagi maruah agama,bangsa dan keluarga.
Ayuh marilah kita menjadi pemuda yang peduli akan hal insan lain serta mengeluarkan potensi diri dengan berbakti di jalan kebaikan.
Sertailah dan dekatilah individu,kumpulan-kumpulan yang membawa diri kepada kebaikan serta keredhaan Allah s.w.t.
Jalan semalam biarkan berlalu, jalan hari ini adalah laluan dan semangat baru.
Apabila kamu telah berazam, maka bertawakkallah kepada Allah
(Al-Quran)
Rujukan artikel berkenaan kebangkitan rakyat Mesir & Tunisia:
1)http://www.ismaweb.net/v4/kebangkitan-rakyat-mesir-arab-pendirian-ikhwan-dan-dimensi-perubahan/
2)http://www.ismaweb.net/v4/as-israel-jangan-campur-tangan/
3)http://inijalanku.wordpress.com/2011/02/12/mesir-mubarak-turun-majlis-tertinggi-tentera-ambilalih/
4)http://inijalanku.wordpress.com/2011/02/03/mesir-hari-penentu-telah-tiba/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan