Sabtu, 21 Mei 2011

My journey to Great Wall Country 2

Bismillah,

Assalamu'alaikum w.b.t. & salam sejahtera buat para pelawat dan pembaca yang dihormati.

Tajuk di atas ni pernah tengok kan?

Ya, mesti ada yang tertanya-tanya bila agaknya nak sambung?Lama dah kan?

Alhamdulillah dengan izin Allah saya merasa terpanggil kembali untuk meyambung tajuk ini.

http://revolusipemuda.blogspot.com/2010/11/my-journey-to-great-wall-country-1.html

sambungan....

"Biar betul ni?Ish setahu aku kalau dah waktu tempatan sama dengan Malaysia takkan lah waktu ni lain pulak?"

Monolog aku berseorangan.

Bila lihat kembali pada 'software' azan pada telefon bimbitku, ya ternyata waktu solat subuh telah tamat walaupun jam menunjukkan baru 6 pagi namun suasana di luar hotel itu semakin cerah.

Terpejam mataku seketika apabila mengenangkan yang lain masih lagi asyik dibuai dalam 'wawancara' itu.

Oh saudara sebangsa seagamaku apalah agaknya jawapan kita depan Allah nanti bila disoal kenapa tak solat?

"oh aku sibuk, aku ada kerja lain dan lain-lain". Mungkin inikah jawapnnya nanti?

Seusai dari meyiapkan diri, kami dibawa ke kantin yang dikhaskan (tempat makan halal) untuk kami. Di situ, aku bertuah dapat bertemu dengan seorang saudara seIslam berbangsa Cina yang amat sukar untuk kutemui orang Islam di kawasan tersebut.



Alhamdulillah, aku memulakan salam perkenalan dengan satu ucapan mulia iaitu 'assalamu'alaikum' yang memecahkan blok-blok bahasa yang berbeza antara sesama Islam di seluruh dunia. Sungguh indah perkenalan dengan insan yang aku panggil 'Muhammad' itu ditambah lagi kami mudah memahami apabila berbicara kerana dia boleh bertutur bahasa Inggeris.

Kami juga dibawa ke makan ke satu-satunya restoran makanan halal di Nanjing (jika tidak silap info) iaitu Restoran Aladdin. Ya namanya saja dah menarik bukan, apatah lagi hiasan dan rekaan dalamannya berkonsepkan tema padang pasir. Cuma Aladdin dan jinnya saja kami tidak jumpa. Namun, apa yang menarik adalah aku mula belajar makan sate kambing (sedap,lazat & enak dimakan) yang dulunya aku tidak suka makan tetapi sejak dari saat itu aku sentiasa menyukai daging kambing.

Kenapa sebelum tu kurang gemar?

1) Acapkali kita diprovokasi daging kambing itu antara penyumbang kepada penyakit darah tinggi. Betul ke?

Sebenarnya itu hanyalah mainan provokasi yang tiada asas dan jika kita melihat pada pemakanan yang sihat, kita akan dapati bahawa kambing adalah makanan yang sihat malah memanaskan badan ketika cuaca sejuk.



Kajian juga turut dibuat oleh Pakar Pemakanan Universiti Sains Malaysia(USM), daging kambing tidak bahaya untuk kesihatan bagi pengidap darah tinggi dan sakit jantung.

Apa yang paling penting ialah pengambilan daging perlu dikawal dan dimakan dalam kuantiti yang sederhana mengikut keperluan dan tahap kesihatan.

Pandangan bahawa daging kambing tidak sesuai diambil oleh penghidap penyakit darah tinggi atau jantung hanya merupakan satu persepsi sehingga menyebabkan orang ramai takut untuk makan daging tersebut.

Kandungan kolesterol dalam daging akan menjadi rendah setelah dibuang lemaknya. Sebab itu lemak yang terdapat pada daging perlu dibuang sebelum dimasak dan dimakan.

Sebenarnya, tahap kesihatan seseorang individu itu boleh terjejas sekiranya daging yang dimakan tanpa mengira jenis diambil tanpa kawalan atau mengikut keperluan yang sepatutnya. Oleh itu makanlah untuk hidup, bukannya makan untuk kenyang.

2) Bau kambing ni kurang wangi?
Mungkin kita bau di badan kambing yang masih hidup, tetapi cuba makan kari kambing (insyaAllah sedap dan tak berbau jika kena cara masaknya).

Atau mungkin kalau trauma sangat, semburkan wangian pada hidung sebelum makan daging kambing.

Ok, cukup sudah cerita kambing dan balik kepada perjalanan tadi.

Dalam siri lawatan ke sana juga, kami sempat mengadakan beberapa sesi bicara dua hala bersama warga universiti-universiti di Nanjing. Sepanjang sesi itu, banyak dikongsikan pengalaman dan keistimewaan tempat masing-masing.

Jikalau kita lihat dan dengar kebanyakan pemimpin serta pengurusan atasan universiti peringkat antarabangsa menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa perantara namun pengalaman aku di sana menyaksikan mereka menggunakan bahasa tempatan mereka (mandarin) dan kemudiannya diterjemah ke dalam bahasa dunia kontemperari iaitu bahasa Inggeris.

Adakah mereka buta dan tidak tahu komunikasi dalam bahasa Inggeris?
Tidak, mereka bukan tidak tahu namun mereka adalah golongan yang mencintai dan bangga bahasa ibunda mereka.
Itu membuktikan mereka mempunyai jati diri tersendiri.

Termenung dan melayang sebentar fikiranku bila mengenang situasi di Malaysia.
Kadang-kadang kita terlampau mengagungkan budaya dan bahasa barat namun kita malu untuk mengetengahkan budaya dan bahasa kita yang lebih halus dan cantik nan indah.

Itu soal bahasa dan budaya,bagaimana jati diri?
Aku melihat mereka di China yang bukan Islam sebenarnya amat berpegang kuat kepada jati diri bangsa.

Namun bagaimana kita yang bukan hanya setakat bangsa tetapi mempunyai agama yang Haq iaitu Islam.

Apa yang terjadi kepada masyarakat kita hari ini khususnya kepada yang beragama Islam yang majortinya berbangsa Melayu dan bangsa Melayu yang majoritinya Islam?
Kita terkadang sibuk untuk men'jati diri'kan diri kita menjadi seperti orang lain.
Sibuk juga meleburkan jati diri demi politik sempit!
Politik yang asalnya mempunyai agenda tersendiri dalam mempertahankan dan mendaulatkan agama dan bangsa kini bertukar wajah menjadi politik kepentingan yang makin hilang kematangan dan berpecah. Mungkin seronok berpolitik begitu hingga tanpa disedari 'orang lain' sedang bekerjasama dan sepakat membangunkan agenda mereka.

Habis kita tidak boleh bercakap bahasa atau ikut gaya hidup budaya luar ke?
Tepuk dada, tanya iman. Pada aku, tidaklah sampai peringkat anti atau kepada bahasa dan budaya lain dan taksub atau ekstrem dengan bahasa dan budaya sendiri. Lagi bagus kalau boleh belajar dan memahami bahasa lain terutama bahasa arab (dapat pahala), inggeris dan mandarin agar kita tidak menjadi katak di bawah tempurung dan mudah ditipu dan ditindas.



Bab budaya lain pulak lagi bagus jika kita berusaha untuk memahami tetapi untuk ikut tidak menjadi masalah selagi tidak bertentangan dengan syariat, adab dan adat.

Selain daripada sesi bual bicara, kami juga turut dibawa ke tempat-tempat peranginan serta sejarah.

Apa yang dapat dibawa balik daripada China?

1) Ole-ole merangkap cenderahati. ( Beli sikit je sebab masa membeli belah tak banyak)

2) Semangat cintakan tanah air, agama serta bangsa.

3) Tautan silaturahim antara dua negara yang boleh dikatakan semakin berkembang keislamannya.

P/s: Sebenarnya banyak lagi nak tulis, cuma fikir-fikir panjang berjela sangat dan boring pulak. Maaflah kalau yang tertulis ini pun agak kurang menark. Sekadar berkongsi pengalaman untuk diambil manfaat bersama.

Mohon doa anda semua agar saya diberi kekuatan untuk terus menulis untuk manfaat bersama dan moga kita semua dijauhi daripada menulis untuk populariti kerana 'aku menulis bukan kerna nama'..teringat lirik sebuah lagu Ramli Sarip. =)

2 ulasan:

  1. Penulisan yang mantap..=)

    Lepas ni boleh berkongsi perjalanan dakwah..=)

    BalasPadam
  2. salam..em...menarik....lbh menarik jka ia diceritakn sblm ana ke china...so ble dh gi china, n bce pe yg enta tls, ana just mmpu kata.."ha...btul2...sme la..."...hehe..

    *lame nye nk tggu org tu updated cte ni... =)

    BalasPadam